Jalanan hati nan sepi – 2007

Dadaku sebak… berombak

Kacau jiwaku meronta

Benar

Begitu jauh impianmu

Meninggalkanku… jauh!

Walau dalam kata-kata

Jauh kau tinggalkan… mungkin..

Tiada apa yang tinggal lagi

Bekal serawan hati nan sunyi

Sepi dinding dan lantainya

Limasnya juga sehelai gelita

Tiada yang kau tinggalkan

Walau sehelai dedaun cinta yang kering

Pasti

Jalan ku titi… sunyi pasti..

Gagah longlai; itu saja jalannya yang ada

Itu saja yang tinggal

Dadaku sebak.. berombak…

Mungkin benar pastinya…

Jalanku sepi…

Advertisements