Racun untukku – 2007

Kini

Pasti mungkin

Kau gembira dengan ceriteramu

Kau rakamkan gurindam pedih

Yang menari dihulu hati

Merayau di segenap pembuluh darahku

Pastinya

Kau leka bergempita

Hinjak memijak

Serata perasaanku

Dan hatiku

Lumat kau kunyah

Rakus… dari rasa bencimu

Dan pasti

Ku rebah berdarah

Yang sempat hanya

Menjelingmu

Yang berlalu pergi

Masih tetap mencebik diri…

Advertisements