HALAL vs HARAM vs IMAN vs AKAL vs MELAYU

AA “Noah, just want to let u know that we’re going to ****** tomorrow night. Lots of our friends will be there. I know you will not go but.. just to let u know. So don’t come! I know u wont. Its not your kinda place… u tak campur tempat mabuk2 n minum2 kan?”

 

Noah “who else going?”

 

AA “Well, as usual laa… Abu, Ali, Hasan, Ah Meng, Muthu.. (semua bukan nama sebenar) all our friends laaa, u naughty! U dare to come, I knock your head!”

 

Noah “Hehehe.. wasn’t gonna!”

 

Panggilan dari seorang rakan chinese yang mengetahui batas pergaulan dan rencah diriku… seringkali dia ni call and bgtau kat aku kemana kawan2 akan pergi melepak. Kalau tempat yang dituju tu dia tau aku boleh pergi, dia akan ajak dan make sure aku pergi. Tapi kalau dia tahu tempat tu bukan untuk aku, dia takkan ajak. Sekadar memberitahu kerana kami semua masih kawan2… dan pada dia, kawan will always be a kawan tau kemana kawan2nya akan pergi dan buat…

 

Tapi yang membuatkan aku hairan, ialah list kawan-kawan yang dia bagitau tu… sebahagiannya melayu… dan islam…

 

Kadang2 aku terkedu… dorang ni sumer lupa… atau tak tau langsung.. atau memang dorang ni dibesarkan dengan cara hidup yang macam tu? Minum minuman keras, pergaulan tak berbatas yang melampau, berjudi… hmm first or all, nauzubillah!! Harap apa yang aku cakap akan menjadi iktibar dan panduan untuk diri aku sendiri… sekurang2nya lah…

 

Dan apapun yang terluang di muka surat ni, bagi mereka yang bukan islam yang membacanya, PLEASE… don’t even think about interfering. Please.. put a respect as we all need to.

 

Terang2 agama dah larang apa yang dilarang… phrase amar makruf nahi munkar dah memang jadi basahan mulut setiap orang yang bergelar muslim… tapi masih ada yang tak sedar… jumud yang menjulang tinggi menutup pintu hati…

 

Aku bukan sekadar cakap2 kosong… terlalu banyak dan jenuh mata ni dok melihat setiap hari ada saja muslim yang hanya pada nama… tapi natijahnya mereka buat apa yang sangat2 dilarang… pada dorang, perkara tu adalah perkara biasa.. tak perlu rasa apa2… bukan rogol atau bunuh orang… bukan merompak duit berjuta2, bukan kacau orang pun… tak sentuh pun orang lain yang tak buat benda tu. Kami buat hal kami, ko buatla hal ko.. apahal yang ko sibuk sangat…

 

Mungkin dorang lupa fardhu kifayah… tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain… atau mungkin fardhu ain pun tak tersentuh langsung.. ini pulak fardhu kifayah… aku sedih bila mengingatkan hal ni…

 

Dan yang paling sedih sekali ialah ingatan dari seorang yang bukan beragama islam kepada ku yang aku tak boleh pergi ke situ kerana agamaku… waima yang lainnya yang bergelar muslim sudahpun berada di tempat itu, dan entah dah berapa botol yang diteguknya… bukan setakat sedih.. perkataan paling tepat ialah MALU… ya.. aku malu bila dia yang call aku, dia yang ingatkan aku dan dia yang larang aku… kenapa bukan warga semuslim yang menegurku? Tak terasa malu ker dengan itu?

 

Adakah kerana hidupnya yang mewah membuatkan dia tak tau kemana lagi jalannya nak dilaburkan duitnya? Adakah kerana dia selalu berhadapan dan bercampur gaul dengan orang yang tidak seagama dengannya telah ‘mengeluarkan’ lesen untuknya berbuat demikian? Atau adakah kerana lahirnya dia di luar negara atau kerana dia membesar di luar negara telah menghalalkannya untuk melakukan itu, kerana di sana adalah tempat dimana barangan terlarang itu juga berada bersama?

 

Ada satu perkara lagi yang membuatku menggaru kepala.. night club… ada member aku cakap, kalau tak pernah rasa gi nightclub, rugi ar ko seumur hidup.. tak lengkap ar dunia ko… hidup sekali je noah… bila nak rasa… dan ada jugak member aku yang kata, rasa malu kat kawan2 yang pernah pergi… dia dikira mcm budak kampungla kalau tak gi clubbing ni sumer… – ada aku kisah!! Tak luak lemak aku kalau aku tak ikut korang pun… apa yang korang cari sebenarnya? Madu dunia? Keseronokan yang tak membawa apa2 selain kehancuran hati dan iman… korang tak perasan ke?

 

Allah bagi akal.. agama… iman.. tapi tak terfikir jugak… ialah… benda tu menyeronokkan…

 

Kawan… dunia ini indah… tapi tak kekal… maut itu datangnya tak berjemput.. ambilnya mungkin rakus… tak terasa ia menjerut.. kubur itu sempit.. tak dapat nak lari kemana. Kalau kena sekali libas tujuh petala bumi dalamnya akan pergi.

 

Kawan, iman itu susah nak cari.. tapi dengan tabah dan cekal.. ia sendiri akan menghampiri.. akhirat itu kekal.. pasti.. dan jauh kita akan meniti.. maka dengan bekal dari dunia ni kita akan melaluinya…

 

Kawan, islam itu indah, suci, syumul, takkan kau kenal kalau kau tak menghampirinya…

 

Begitu juga dengan Allah.. takkan kau kenal kalau tak kau hampiriNya….

 

p/s – saper rasa aku salah atas apa yang aku tulis… sila tampil…