aku diragut…

sedihnyer…. kalau time tu jadi dan aku banyak duit lagi kan bagus….

pagi hari tu (4 hari sudah) aku kuar gi jumpa kawan di jalan ipoh… lepas jumpa kawan untuk urusan kerja, kami ke kedai mamak untuk minum2… macam biasa hal kerja jugaklah…

masa nak bayar kat kaunter tu, tiba2 ada sorang budak melayu meluru keluar dan lalu depan aku… sempat dia ragut wallet aku dan lari terus. member aku dan mamak yang tengah berdiri kat tepi kaunter tu terus kejar mamat tu. aku pun… well…. sort of..

dalam aksi perkejaran tu, aku sempat tgk budak tu keluarkan semua duit yang ada dan terus campak wallet aku dalam longkang…. hah!! wallet tu mahal la bodoh!!!!

dan aksi perkejaran tu pun selesai…

aku kutip wallet aku yang dah basah dan berbau ‘sangat wangi’ dan keluarkan semua yang ada…. semua kad masih disitu… cuma duit jer yang di ambil… dalam tu adalah dalam rm3 ratus lebih.. baru jer kuarkan awal pagi sebelum jumpa member… hajatnya nak bayar maintenance rumah.. hmmm tak kesampaianlah nampaknya… aku keluarkan kad2 yang ada, kad pengenalan dan juga kad2 hutang yang aku ada…. gambar, beberapa helaian kertas bertulis alamat orang itu dan ini turut musnah dalam banjir berbau itu…

dalam aku buat kira2 kerugian, baru aku teringat! ada dua helai e-pay slip celcom bernilai rm60 kat celah helaian2 duit tadi!!!!! haaaaaaaaarrrggggggggghhhhh!!!!! tensionnyer!!!! hmmm

aku hanya mampu menghalalkan duit2 tu sumer pergi… tak elok haramkan…. manalah tahu… mungkin dia nak guna duit tu untuk beli susu anak ker… mak dia lapar ker… atau isteri dia sakit ker… hmm aku tak sanggup tengok orang bagi orang tersayang mereka makan dari duit yang haram… semua tu jadi darah daging… takut nanti jadi darah dan mengalir sampai ke anak cucu… aku halalkan… selagi dia belanjakan duit tu untuk perkara baik… insya allah..

mungkin hari tu hari dia… dia amat memerlukan duit tu… aku redha… allah dah kata itu bukan untukku.. maka itu bukan untukku… (nak sedapkan hati jer ni)

aku tahu allah dah tentukan semua yang akan berlaku… aku redha…

tapi aku dah pokai!!!!!!!!!!!!!!!! camner !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!