SERAMPANG 3 MATA

Baru-baru ni, aku melalui satu hari yang penuh tanda tanya.. kenapa.. kenapa… dan kenapa…

Insiden 1
Pagi tu aku keluar untuk isi minyak kete. Sampai kat petronas aku tgk ada dua budak yang sedang ‘menjual’ calendar dan ubat sapu untuk mengisi tabung kebajikan… hmm.. aku turun dari kereta dan membayar duit minyak. Time nak bayar tu Nampak sorang budak lelaki yang jual calendar tu kena ‘tarbiyah’ dari seorang pakcik cina yang mungkin tak senang mata tengok budak2 camtu buat keje amal… aku biarkan jer. Bayar duit n isi minyak… semasa isi minyak tu, budak tadi datang kat aku pulak.

“assalamualaikum bang, saya mebuat jualan amal untuk mengutip derma.. bla.. bla… bla..” budak tu tanya
Aku – tadi uncle tu marahkan apa?
Dia – takde apa2 bang. Dia kata saya tak patut buat keje ni
Aku – dah tu ko tak jawab apa2 ke?
Dia – tak
Aku – buat apa tanya dia… takkan dia nak tolong kita..
Dia – abang salah.. selama saya buat jualan amal ni, cinalah yang bagi paling banyak. Dorang tak banyak cakap. Kalau nak bagi dia bagi. Kalau tak dia tak cakap apa. Tapi orang melayu bukan nak bagi. Siap marah2 lagi kata kita ni buat keje haram.

Aku diam jer dengar statement panas dada tu.. terkena aku sebijik…

Aku – nah, ni abang bagi ni untuk adik tau. Jangan letak dalam beg tu (sambil duit tu aku letakkan dalam poket seluar dia). Ini duit adik. Kalau adik letak dalam beg tu, abang tak halalkan.. abang halalkan untuk adik jer…

Statement – abang salah.. selama saya buat jualan amal ni, cinalah yang bagi paling banyak. Dorang tak banyak cakap. Kalau nak bagi dia bagi. Kalau tak dia tak cakap apa. Tapi orang melayu bukan nak bagi. Siap marah2 lagi kata kita ni buat keje haram.

Tinta ~ ia membuatku berfikir… kenapakah?…

Insiden2
Balik dari petronas, aku singgah umah mak untuk sarapan.. masa makan tu mak ajak gi carefour… ok! So aku, mak n cikyah (jiran sebelah umah) buatla tour gi carefour dalam kul 10 tu…. Mula2 masuk Nagoya.. lepas tu singgah beli majalah Rasa di kedai buku dan masuk ke supermarket…

Dalam super market tu tolak 2 trolley… mak n cikyah satu trolley n aku satu trolley. Aku cari barang2 dapurlah mcm biasa… dapur aku tak complete aku takleh masak… jalan punya jalan… aku berhenti di island yang ada gula n tepung…. Dan yang buat aku sakit mata ni, ada sorang staff situ yang sedang susun barang di shelf paling atas dengan memijak sekampit besar gula (yang sekarton 24 peket tu).. aku tak tau pada korang camner.. mungkin benda ni biasa atau apa saja lah! Tapi pada aku… betapa hinanya kita makan n minum dari gula yang dipijak hari2 DEPAN MATA!!… kalau saper kata tak kisah dengan perkara ni, memang takde akal… tak pedulikla korang nak marah aku ke tak… tapi pada aku benda ni sangat serius!!

Aku gi ke belakang di tempat dorang kerja. Aku masuk situ n tanya kat sorang mamat sengal yg ada kat situ. “store manager ada tak?” and mamat ni jawab,”ada.” Sambil tekun membuat rekod… aku tgk jer dia… pandang aku sikit pun tak… tu jer jawab dia… sampai aku terpaksa bukak mulut plak “panggillah! Saya bukan datang nak tanya kaba!” aku dah panas! Mamat tu pandang aku n tetiba wat muka terkejut. “sowi bang. Saya ingat kawan saya main2 tadi. Kejap ek.” ****mak tul! Dia ingat aku main2 ker!

Lepas tu, manager tu kuar n aku citer la mender yg terjadi tu. dia pun kuar dari ruang tu n terus pergi kat island tempat budak tu buat keje tadi
aku nampak dia tegur mamat tu suruh turun n jangan wat keje camtu depan orang… and lepas tu aku blah.. aku gi kat mak aku. dia tanya tomato puree amek berapa? aku cakap ar setin jer. mak aku kata tak cukup so aku gi balik kat island tadi untuk amek setin dua… tahu apa yg aku nampak? dengan mamat tu, dgn bos dia sekali dah ada atas gula tu… mengucap panjang aku… harapkan pagar, pagar pun sengal!! aku pun blah.. tu anta dorang dengan Tuhan la sok..

~tinta~ lagi sekali aku berfikir… kenapa kah?

insiden 3
lepas bayar kat kaunter, mak aku kata dia lapar. so kitorang gi la kat medan selera dia… uuiii mcm2 makanan ada… aku menghampiri stall yang jual western… kat situ ada la sorang pelanggan pekak bisu @ OKU yang nak beli makanan.. aku diam kat belakang dia… tgk jer gelagat…. lepas OKU ni mintak nasi, aku dengar minah indon yg amek order tu jerit ke belakang “Jat!! nasi goreng western! Untuk orang pekak nih!”.. sorang pelanggan kat sebelah aku pandang aku… aku senyum jer… lepas tu aku tgk OKU ni kuarkan duit.. si indon ni mmg buget mamat ni pekak so terdengar dari mulut dia “dahlah pekak, kuarkan duit pun lembab!”.. tetiba aku rasa muka aku kebas… geram pun ada..

aku biarkan dulu.. n bila tiba turn aku… aku buat perkara yang sama seperti yg OKU tu buat. sebijik2 aku tiru… dengan aku dah agak reaction minah indon pukimak tu, aku rasa nak naik darah. masa aku mintak nasi goreng, dia jerit ke belakang mcm biasa “Jat!! lagi satu nasi goreng.. orang pekak tadi punya kawan kot.. sama jer lembabnyer!”

makinlaaa aku nyirap… aku tunggu time kuar duit… bila tiba turn aku, aku kuarkan duit not 100… sajer nk tgk reaction.. and terdengar dia kata, “bodohla dorang ni pakai duit besar2. orang bukan ramai!!” aku apa lagi. terus bantai gak time tu!!

“kak, akak tak rasa ker mcm berdosa jer mulut celupar n mengata sumer…. !!”


akak tu terkejut beruk dengar aku bersuara dan berkata2.. ingat aku burung kakak tua?!

 

dan aku sambung lagi. “mintak sangat jangan la kurang ajar sangat. tak semua yg bisu tu pekak.”

akak sengal – “mintak maaf mas, saya nggak tau..”

aku – “paler otak kau!!! Mulut kalau tak jaga, silap2 ari bulan nanti kena tumbuk tau tak!!”  aku jerkah dia.

 

staff yg lain yg ada kat dapur jenguk ke depan. Mak aku yg duduk tadi terus datang sbb nampak aku tetiba jer over acting kat medan selera tu mcm kan ada camera yg tgh shoot aku berlakon jadi pelakon tambahan yang feeling ala2 diva!! Haa amek!!

“lain kali tolong hormat dengan orang lain! tak kiralah dia pekak ker, bisu ker, sakit otak ke. semua manusia nak dihormati. bukan macam kau. klau aku buat report pasal ko nanti, nahas la ko! Biar anta jer balik ko ni. Otak tak pakai!!”

akak sengal – “mintak maaf mas.. mintak maaf mas…”

aku just biarkan dan aku blah.. puas ati aku….

~tinta~ puas ku berfikir…. kenapakah?