Jauh Dirindu, Dekat Tak Laku

Aku bukak radio pagi tu dan dengar lagu seperti biasa.. Sinar FM. Dah jadi minatku bukak siaran radio ni setiap hari sejak beberapa tahun lalu… terutamanya bila ada abby.. dia memang best…

 

Dalam tengah drive tu, sebuah lagu 90an diputarkan dan aku jadi tak tentu arah.. one of my fevret song!! Saat yang indah dari ning baizura… seyes lagu ni best.. liriknya mudah tapi sangat mendalam maksud dia… membuat aku terkenang kisah silam yang kadang2 mencengkam jiwa..

 

Merenung kembali..

Saat saat manis

Pernah kita lalui dalam kemesraan

Senyum dan tawamu

Bisa menlenyapkan sepiku ini

Hilanglah resah yang menghantui perasaan

Engkaulah kekasih

Untuk selamanya

Tidak mungkin ada yang lain mengubah cinta

Hilang tak berganti

Pulangmu pula pastinya ku nanti

Bukanlah sekadar lafaz di bibir janji ini..

c/o

saat yang indah bersamamu

tak mungkin terpadam

bara cinta merahpun

masih membara dihatiku

saat yang indah bersamamu

pantasnya berlalu

bila berjauhan dapat kurasai cintamu…

vrs ii

kerna kesabaran

serta keyakinan

terbinalah jalinan ikatan kasih dan sayang

walaupun dugaan

yang datang bagai ribut melanda

kita rela tempuhi bersama selamanya…

ulang c/o

 

itulah lirik lagu tu… memang makan dalam bila nyanyikan

bait terakhir lagu tu memang menyengat – “bila berjauhan dapat ku rasai cintamu”

 

itulah tajuk kali ni…..

 

rata2 kebanyakan orang, pasti setuju kalau aku cakap, bila kita jauh dengan yang tersayang, rindu macam nak rak. Tapi bila dah dekat.. mcm wat tak tau jer… kadang2 mcm tak menghargai orang tu.. siap marah2, majuk2, tendang terajang.. sumerlah.. ehehe sebab tu jugaklah aku dah putus tunang… ehehehe  mengong!

 

kenapa ek?

 

Memang natijah manusia mcm tu ker? Kita hayati pulak lagu datuk siti nurhaliza.. berpantun kasih ke pantun berkasih ke apa tajuknyer.. aku dah lupa..

 

“Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kitalah bersama
Sama rentak gendang bertingkah
Tapi tak sama alun suara

Berdendang hamba nak berdendang
Hai senandung ‘nak dara merindu
Alun hamba sekadar lalu
Tidak sedikit menyentuh dihati

c/o
Mana kasih sehangat mentari
Mana cinta yang semanis dulu
Mana janji bak tersimpul tali
Mana budi yang sebaik laku

Jauh hamba rindu hamba lah dirindu tuan
Bila dekat mengapa diam sahaja

Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan

Tidak hamba tunggu berdendang sepantun
Lagu berkasih cinta terpilih
Layu pagi seruas jari

Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kasih yang tak sudah
Mengenang bukanlah mengenang
Ingin mencari di mana silapnya”

 

Ulang c/o

 

Dalam lagu Datuk Siti pun ada jugak frasa tentang tu.. macam perkara tu adalah sesuatu yang sangat normal dan jagat dan tak perlu dibimbangkan.. tapi bila dibiarkan pulak, akan ada pihak yang mungkin terguris!

 

Aku teringin nak kongsi mender ni ramai2…  apa kata korang tentang perkara ni.. saper yang selalu merindu bila berjauhan tapi bila dekat, buat tak tau je… tak kisahlah ianya dari lelaki kepada perempuan ker atau sebaliknya atau lelaki kepada lelaki dan sebaliknya. Lets be the most wide open tentang perkara ni… kita kongsi cerita, pengalaman, ingatan, komen dan jugak pandangan.

Dan pada saper2 yang ada cerita cerihik yang lalu/ lampau/ langau yang ada kena mengena dengan tajuk kiter, sangatlah di alu2kan jugak…

 

Semua ni adalah semata2 untuk menimbulkan keinsafan pada diri dan juga menyelami pengalaman2 orang lain yang melaluinya untuk dijadikan iktibar dan panduan…

 

Kita kongsi ek? Byk yang aku nak belajar….

 

Have it your way…