Malam Tanpamu

Ku cuba meniti mimpi
Dan sendiri dalam sepi ini
Mencari kalau ada dikau disana
Ku rempuh malam sunyi yang bisu dan segala yang suram
Mencari kalau ada dikau yang sudi menghangat sejuk kaku
Ku melagu cinta impian
Berharap kalau kau mendengar dan menghayati desahan rindu dan kata hati
Hati yang ingin hanya kau memiliki
Hati yang memanggil manggil namamu
Serata mimpiku
Aku menghampar permaidani sugul
Yang dikait baldu baldu merayu
Merayu agar kau ada bersama diatasnya
Menjamah segala isi hati dan apa yang ingin ku beri padamu
Aku melapah kesunyian ini sendiri
Dan tanpa aku sedari
Airmata mula meraih sepi mimpi
Dan berkata kepadaku dengan sayu
Dikau takkan bersama ku…
Dikau takkan bersama ku…..
Aku mengerti ia hanya segumpal mimpi
Yang tergulung dalam angan waktu tidurku
Dan aku berharap agar aku tak terjaga lagi
Kerana alam nyata pasti pedih untukku
Kerana impian yang tak kenampakan
Dan pasti takkan terlaksana
Kerana pasti kau memalingkan diri
Tidak walau sejeling cuma
Kerana bukan aku yang kau cinta…

~tintamuda98’~