Malaysiaku, Inspirasiku

Di puncak ini
Ku kibar Jalur Gemilang
Megah ku menguntum senyum
Sebagai warganegara yang merdeka

Tanah tumpah darahku
Hasil perjuangan nenek moyang yang berjasa
Mencerminkan peribadi luhur
Yang melahirkan bangsa berjaya

Aku megah dan bersyukur
Berpijak pada bumi ini
Dengan empat warna benderanya
Melambangkan kedaulatan negara

Sesungguhnya kau yang bernama Malaysia
Sebagai aspirasi yang keramat
Menongkah arus meniti zaman
Selangkah lagi menuju wawasan