Dia Masih Bersamaku

dia masih di hati… entah bagaimana harus aku tuturkan padanya yang aku harus menepisnya pergi… aku mahukan dia keluar dari lubuk hatiku… hatiku kini telahpun dihuni oleh yang baru. namun tidak dapat menawan segala sudut kerana dia masih disitu…

tanganku tak terdaya. dan takkan berdaya menepisnya pergi. jiwaku pula sentiasa mahukannya bersama. di setiap sudut hati dan jiwa ragaku ada saja namanya. kami yang lorekkan bersama sewaktu ketika dahulu… dan ia kekal begitu… entah bagaimana aku dapat memadamkannya kembali.. dan melorekkan pula nama yang baru itu..

oh BB 9700 ku…. aku pasti takkan dapat melupakanmu… tak mengapalah… aku akan lorekkan di satu sudut yang lain… bersama i phone ku tercinta……. kau diam lah di sudut hatiku… akan aku ingat segala kenangan kita bersama… dan segala yang pernah aku dan kau ambil dan beri… i still love u…