Doa Hati yang Terketar

Ya Allah, bantulah aku. Katakan apa yg sedang aku lakukan ini adalah betul dan mengikut jalan yang Kau redhai.

Ya Allah, kadang-kadang aku rasa apa yg aku sedang lakukan sangat Kau murkai. Kadang-kadang aku rasa apa yg sedang aku usahakan sangat-sangat tak berbaloi. Tujuan tak lain untuk kesenangan masa depan. Tapi nampaknya aku macam menyusahkan, akan menyusahkan, dan bakal menyusahkan orang lain yang sama-sama nak merasa bahagia dengan aku…

Kadang-kadang aku tak dapat nak duga langsung apa yg nak Kau tunjukkan pada aku. Aku x nampak jalannya. Aku tak nampak langsung ideanya.

Ya Allah. Aku mohon pada Kau. Aku sujud melukut pada permintaanku yg ku rasakan amat besar bagiku. Kau tunjukkan aku jalan yang betul lagi benar. Kau tunjukkan jalan yg lurus yang Kau redhai. Kau hulurkanlah ‘tangan’ simpatimu paku untuk ku berpaut teguh padanya.

Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan ku. Kau bersihkanlah hatiku dari memikirkan yang tak sepatutnya aku fikirkan. Kau aturkanlah langkahku menuju jalan yang Kau redhai… Yg kau restu dan rahmati…

Amin