Malunya!!!!!!!

Pagi tu, seperti biasa aku memandu kereta ke stesen LRT untuk ke pejabat. Sambil memandu, aku buka Sinar.FM – Rancangan Sinar Pagi yang sememangnya menjadi sarapan awal aku untuk menaikkan mood pagi. Aku tak berapa ingat hari apa dan apa tajuk perbualan pagi tersebut tapi yang aku ingat ialah Lagu Merapu Mat Saleh.

Tajuk lagu merapu pagi tu ialah Penawar Rindu.

Masa Krill bagitau lagu tu akan keudara dalam masa beberapa minit lagi, aku dah pun siap meletak kereta aku di kawasan parkir. Jadi aku pun macam biasa pasangkan ‘ear phone’ di telinga dan gunakan telefon bimbit utk mendengar radio.

Dalam LRT, seperti biasa keadaan sangat sesak dengan penumpang pagi hari yang biasanya tak sempat tengok lantai LRT tu. Dan termasuk jugalah aku.

Sambil bersesak-sesak dalam gerabak, sambil tu aku mendengar Sinar Pagi dengan penuh khusyuk. Sampailah giliran Mat Saleh mendendangkan lagu tersebut dalam versi yang entah siapalah yang reka untuk dia.

Aku pasang telinga mendengar lagu tersebut.

“Medicine missiiiiing, foooor youuuu, alooooneee…”

Dengan tak pasal-pasal, aku terlupa orang keliling yang sebenarnya bertempelan antara satu sama lain. Dan termasuk aku juga yang terlalu seronok dengan Sinar Pagi sehinggakan aku lupa yang aku bukan sahaja tak nampak lantai, malahan tak nampak tingkap dan pintu LRT tersebut.

Bila Mat Saleh nyanyi saja rangkap pertama tersebut, aku terus tergelak kuat! Menyebabkan semua orang dalam gerabak tersebut terkejut dan semua yang ada di sekeliling aku yang sedang khusyuk dan senyap tiba-tiba terkejut dan terus memandang.

Aduuuuhhh!!! Malu gila aku waktu tu! Rasa macam nak lari keluar dari gerabak tapi LRT tu sedang bergerak!

Aku terus tundukkan kepala sambil cakap, “Sorry…”

Aku perasan ada seorang dua yang tersenyum sambil pandang aku. Selebihnya menjeling. Mungkin mereka cakap dalam hati, “Buang tebiat apa budak ni meroyan pagi-pagi!”

Sepanjang perjalanan LRT sehingga ke stesen yang aku nak tuju, aku memang boleh dengar dengan jelas orang bercakap pasal tu. Contohnya:-

  1. earphone kat telinga… ada la tu
  2. Orang A: “Kenapa? Kenapa? Kenapa?.” Orang B: “Adaorang gila”
  3. hehehe, gila kuat sial dia gelak!

Dan yang paling ‘best’ sekali ialah semasa aku keluar dari gerabak, aku dengar ada seorang wanita berkata kepada kawannya, “Ha tu, tu yang pendek pakai spek tu. Tu la dia yang gelak tadi.”

Muka aku dah tebal macam Yellow Pages dah. Aku terus berjalan dengan langkah yang laju dan tak pandang kiri dan kanan. Tak sanggup aku mengenali wajah-wajah yang mengata aku waktu itu.

Tapi seharian aku di pejabat, walau pun hari tersebut agak tegang dengan tugas, aku pasti ketawa sendiri apabila teringat peristiwa yang sangat memalukan itu.

Adajuga aku rasa macam nak tunggu hari Jumaat dan luahkan pada Sinar Pagi (Jumaat adalah hari untuk meluahkan emosi). Tapi bila difikirkan balik. Malaslah. Buat penuh bil telefon saja nanti….

Jadi…. Konklusinya?