Girls Day Out!!!

Kelmarin, aku ke Nilai, Negri Sembilan. Bawak Baizura (bai) beli barang2 kawin dia. Seperti biasa kalau ada bai, mesti ada Yinswan (wan). Kawan sejati dunia akhirat dia. Ehehe…

Pagi tu kalau ikut jadual, aku janji nak amek bai pukul 8 so boleh gerak awal and sarapan somewhere. Tapi ntah macamana, boleh terlajak sampai dekat pukul 9 baru nak bangun ehehe. Kelam kabut la mandi sumer bagai.

nuarbaiwan01

2 teruna dan sorang dara bermisai...

Lepas amek bai, terus gi umah wan n terus menghala ke highway sungai besi.

Kitorang sarapan kat KFC selepas plaza tol tu. Masa tengah makan, ternampak seorang pakcik tua yang sedang jual keropok. Hajat hati nak bantu dia tapi kalau tengokkan harga, sangat mahal, ok! Jadi kami membatalkan hasrat untuk membantu. Maaf yer pakcik!

Perjalanan diteruskan lagi. Sepanjang perjalanan, mata masing2 macam kene gam. Termasuk jugak aku sang supir. Tapi tahan je la mata ni. Nasib baik bai ada menemani walaupun memang aku nampak mata dia pun mcm tak boleh nak bukak dah.

Sesampai di Nilai, park kereta betul2 depan kedai sasaran. Masuk dan dah tau target nak amek apa. Bai terus meluru ke arah barang2 ******** (tak boleh cakap, nnt tak surprise laaa). Belek sana, belek sini dan kemudian kami keluar dari kedai tu untuk ke kedai lain. Saja nak tengok2, manalah tau kalau kat kedai lain harganya lebih best (walaupun makcik sorang ni dah tau kat kedai tu je yg murah!).

So lepas pusing2, seperti dijangka, kami pergi semula ke kedai tu dan mulalah operasi menggeledah barang yang dikehendaki. Sebanyak 100 unit dibeli oleh bai untuk tetamu VIP seperti aku dan wan.. ehehe.

Selesai beli barang, kami melihat jam dan nampak macam masih awal. Jadi kami mengambil keputusan untuk mengular….. hmmm between movie and PD…

PD!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jadi kami terus menyusur lebuhraya menuju ke PD! “Hmmm kalau tau nak pergi sana, dah lama bawak baju mandi”, kata bai dan wan….

Sesampai di sana, kami disambut oleh deruan bayu laut yang hangat! Sedikit membakar kulit dan dihidrat. Keluar dari kereta, mata tertumpu pula pada gerai makan. Perut semakin lapar tetapi beriya tak mau makan yang berat2 sbb ada agenda lewat petang nanti.. Jadi selepas jalan2 tgk baju dan topi (yang tak jadi beli), kami terus meluru ke kedai makan. Aku minum air kelapa, bai n wan minum cendol.. hmm wan nampaknya taknak kalah dengan bai jadi dia tambah coconut milk shake pulak.. eheheh… kami jamu sikit cucur udang + keropok lekor, otak2 dan buah potong yang sepatutnya dah dibuang 3 hari sebelum tu! All over, aku bagi setengah bintang daripada 5!! Memang gagal!! Cendol tu bai kata – “tak sedap”. Coconut milk shake dia seyes rasa mcm santan kotak yang ditambah gula dan ais je!

Off with makan2 kat situ! Tak sedap maka takkan makan lagi kat situ. Lepas ni kalau datang, akan pergi ke kedai lain jer.. (taknak reveal nama kedai tu untuk tujuan keselamatan). So kami seterusnya pergi ke tepi laut, on the way, kami beli pisang goreng (org melayu kata goreng pisang.. tapi aku konfius between verb and adjective). Well pisang goreng sedap! Nasib baik!! bai dan wan ni sempat jugak samakan pisang2 yang tergantung ni dengan beberapa kawan2 kat celcom.. hmmm…

Jadi sepanjang di pantai (stay tak sampai 15 minit pun), kitorang menyaksikan panorama2 indah. Laut yang berombak sederhana, kanak2 riang berlari sini sana, mak bapak yang tak berapa riang mengejar anak yang berlari sini sana, serta banana bot yang setia menanti pengunjung dibawah matahari terik. Lepak sekejap dan bergambar sambil upload dalam bb tech group untuk menunjuk2 (aku tak tau la apa tujuannya buat mende ni).

So kami pun berlalu pergi untuk ke destinasi seterusnya kerana keadaan di situ sangatlaaaaa panasss!!

Perjalanan diteruskan menuju ke ibu negara semula. Mata masing2 seprti biasa di gam dengan keletihan dan kesedapan pisang goreng tadi. Jadi our next destination is…. Jeram, kuala Selangor… tujuan ke sana ialah ke restoran makanan laut Aroma Ikan Bakar.

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 7 petang. Dah nak maghrib pun. Ingat nak amek gambar panorama laut kat situ. Tapi sayangnya air surut. Jadi kami duduk je lah dekat meja dan menunggu makanan.. menu adalah seperti sayur campur, ikan kembong bakar (tak berapa kaya time ni so ikan kembong pun jadilah), udang butter dan sweet sour, kerang bakar, sotong tepung dan mentarang goreng cili si kaki katak! (tanya bai dan wan. Dorang arif pasal makanan exotic nih). Minum air asam boi untuk menghilangkan dahaga.

Jadi keseluruhan perjalanan kami memang best. Balik macam lambat sikit sebab tunggu bai abis hisap rokok… maklumlah amatur.. lama tunggu dia abis. Siap balik kl salah jalan lagi… nasib baik jalan tu menuju ke pekan Meru. Kalau tak, entah pukul berapa la nak balik… ehehe