Coretan Awal Subuh

Sekarang dah nak pukul 2 pagi… Mata dah mengantuk sebab seharian muntah2. Letih.. Lesu.. Arini x banyak buat keje di ofis sebab badan x sihat. Gula pagi 2.7 x melemahkan semangat utk g keje… Lg pun mc dah terlebih, nnt kalau mc akan tolak gaji plak… So dalam kepala ni, mc hanya jika mmg xleh bangun.. Tp mmg selalunya x leh bangun pun kalau dah sakit.. Maklumla kurang antibodi.. X semua paham mende ni.. Mana yg x paham tu akan cakap la aku mengada n suka x dtg keje.. Hmm xpe. Selagi idup perlu membuka langkah kerana nafas x bermakna tanpa langkah menuju kehidupan! Yup!! Caiyok caiyok!!!

Arini kat ofis ada dalam 4 kali aku muntah. 3 kali kat toilet level 7 dan satu lg kat tembok umah orang masa pergi ke kereta nk amek ubat.. Ntah apa la tuan rumah tu sumpah kalau dia nampak muntah2 aku kat tembok umah dia nnt.. Eheh geli!!! Tukar tajuk!! Neexxxxttt!!!

Balik td, lauk sambal ayam yg mak aku masak ada lg. So ratah mcm tu je sbb nk abiskan. Xnak membazir. Zaman kecelaruan kewangan ni perlu dihadapi dgn penuh penjimatan. Lepas solat sume, lepak jap tgk citer musang berjanggut. Kejap je sbb mata dah mcm kene gam. Dan sebelum tido, saja bukak WP tgk entry2 lama… N baca entry pasal abah… Hmmm rindu plak kat abah aku… Apa abah tgh buat sekarang ni ek… Hmmm abah xde apa2 info ke pasal kiamat ke.. 2012 ke, dajjal ke.. Eheheeh aku dah start merepek menandakan telah masuknya waktu tido bg kawasan rumah noah serta kawasan2 yang sama waktu dengannya…

Sebelum tido aku terfikir…. Esok akan jadi mcmana dgn idup aku ek?? …