BILA HATI MEMILIH CINTA

Semakin hari, aku makin berkecamuk. Dalam benak fikir lain, dalam jiwa omongnya juga lain, dihati pula memilih lain, mata memandang ke lain, begitu juga lidah melisankan lain. Kuat sungguh kuasa cinta hingga menggegar seluruh tubuh jasmani dan rohani. Mana tidaknya; dalam pertimbangan, aku sepatutnya berusaha mengenali dan merapatkan diri dengan A. Tapi dalam masa yang sama B menjengah jiwa. Dan dalam kekalutan, aku cuba mencari C untuk meluah kata-kata. Tetapi D terlebih dulu meluahkannya.

Ini bukan soal memilih. Sebab aku bukan jejaka pujaan sesiapa. Jauh sekali untuk digilai mana-mana wanita. Cuma, aku tak dapat melawan kata hati.

Semalam hati berbicara denganku. Pasal cinta. Hati tahu aku sepatutnya mengarah jiwa untuk memiliki A. Tapi hati menarik perhatianku pada B. Hatiku tahu bahawa B mungkin lebih sesuai untukku lantaran B mungkin lebih memahami diriku berbanding A. Dalam masa yang sama, hati juga tahu bahawa A bukan suka padaku pun. Hatiku juga tahu bahawa A tiada perasaan langsung padaku. Aku tanya hati, “kau rasa B tu sukakan aku tak?” Dan hati jawab, “maybe”. Huhh! Speaking hatiku sekarang! Tapi aku memberitahu hati bahawa B tu dah berpunya. Hati tanya padaku pula, “so?” (Intonasi wan yin suan – celcom). Dan aku cakap, takkan aku nak rampas kekasih orang pulak…

Hatiku terdiam seketika. Bukan tergamam tapi hati dah mula nak jadi otak; cuba nak berfikir… Hmmmm…. Aku cakap lagi dengan hati. Tapi kalau dah A memang tak suka aku, apa aku nak buat? Aku malas la nak cari-cari perempuan lagi. Rasa macam diri ni terhegeh-hegeh pula. Dan aku rasa macam letih ‘hunting’. Hati pula cakap, “kalau macam tu, tak payah lah cari lagi. Tunggu je jodoh tu sampai sendiri”. Dan aku balas balik – bila?

Tak lama lagi B akan bersatu dengan pilihannya. Dan aku masih lagi dalam ‘mode’ mencari teman.. Cari dan masih mencari… Hati cakap denganku. Selagi tak terlewat, luahkan kata-kata dan niat dihati. Aku pula tanya, “apa niat kau, hati?” Dan hati kata, “memiliki B”. Hmmmm aku tau hati memang tak memahami hukum dunia. Dan takkan pernah akan memahaminya. Kerana hati sentiasa mementingkan diri sendiri. Tapi aku tak menyalahkan hati, kerana aku sendiri tahu, jika kata hati tak dituruti, maka seluruh tubuh takkan tenteram. Cepat atau lambatlah penawarnya.

Aku terangkan satu persatu mengenai A dan B. Namun hati kata, apa sahaja aku cakap, semua dia dah tahu. Sebab sebahagian besar yang aku simpan dalam diri terletak di hati. Hmmmm gagal lagi..

Aku tak pernah lulus kalau berbicara pasal cinta dengan hati. Hati setiasa menang dalam perihal sebegitu. Hati kata dia lebih faham pasal cinta dari aku. Hati kata dia lebih tahu gerak hati wanita suka atau tidak menyukaiku. Tapi aku masih lagi berpegang pada satu sifat lelaki – suka perasan yang wanita yang melayannya dengan baik sebagai menyukainya… Hmm entahlah. Entah bila aku akan mendapat apa yg aku nak…