Perfecto?? Naaaa….

hidup, kalau kita nak kira berapa kali kita buat perkara2 yang sempurna, sure kurang dari 10% sehari. entah2 kurang lagi dari 1%.

kenapa?

sebab kita ni manusia…

kenapa?

sebab manusia tu tak sempurna..

kenapa?

sebab kesempurnaan tu adalah pada Tuhan sahaja (pada aku lah)..

dan kita? macamana?

hmmm… pada aku, memang kita ni tak sempurna. kita serba kekurangan. kita serba kedaifan.

habis? salah kita ke?

taklah.. sapa kata salah kita? Allah creates kita dengan cukup serba serbi. dalam ketidaksempurnaan yang ada pada kita tu, apa yang Dia dah bagi dan sediakan kita atas dunia ni (yang kata tak sempurna ni) sebenarnya dah cukup sempurna..

pening?

a ah la.. macam pening..

hmm… jangan la pening..

sebab?

sebab…. Allah nak kita cari kesempurnaan tu sendiri… Dia bagi kita base. Dia bagi kita foundation. pandai2la kita sambung sehingga wujud kesempurnaan yang kita cari. kesempurnaan yang kita kejar2kan tu. dan pada aku lagi.. kesempurnaan tu datang apabila kita puas, selesa, puas ati dengan apa yang kita kejarkan / usahakan / buat. walau macamana rupanya, itu adalah kesempurnaan yang kita dapat.

setiap orang mencapai kesempurnaan mereka dengan cara yang tak sama. masing2 ada rentak sendiri. kadang2 kita tengok sesuatu benda tu, kita rasa dah sempurna pada kita. tapi pada orang lain ia mungkin tak sempurna lagi… itu pendapat masing2..

dan dalam hidup ni jugak, kita jugak kadang2 cuba mencari kesempurnaan dalam apa yang kita buat untuk mencari kesempurnaan pada mata orang lain. kadang2 kita berjaya. kadang2 tak. depend la apa yg kita buat. depend jugak apa yang orang akan cakap.

sbg contoh.. contoh yer..

baru2 ni aku pergi appointment hospital… doc kata penyakit aku lebih baik dari 2 minggu sebelum tu. dorang tukar ubat aku. dorang tukar ubat kepada yang masa mula2 aku kene penyakit tu. dorang suruh gi makan n lepas tu makan ubat tu dan tengok progress dalam masa 2 jam…

sejam lepas makan ubat tu aku cirit-birit teruk.. pergi semula jumpa doc dan dorang enjet kat montot. selang beberapa minit aku sangat mengantuk kerana ubat tu dan terlelap di bilik rawatan. sampai tengahari aku tertidur.. dan dah dekat dengan waktu kerja… bila bangun, aku tak perasan jam dah nak kul 2 (aku masuk keje 2.45pm).

so lepas tu tunggu turn balik nak jumpa doc. dan nak pukul 3pm masa tu dan tetiba aku perasan jam. terus aku mesej salah seorang employer aku untuk memaklumkan yang aku tak sempat nak bagitau awal…

dalam beberapa minit selepas tu, telefonku didatangi satu mesej balasan dari dia. dia kata, lain kali bagitau sebelum shif keje start kalau lambat datang pejabat (lebih kurang begitu.. taknak tulis yang betul kerana nnt timbul kontroversi).. aku diam…. dan aku cuma balas, sowi tak sempat bagitau dan menyusahkan. dan tiada apa2 balasan lepas tu…

aku hanya diam sahaja.. tapi dalam hati terdetik juga..

kenapa perlu menegur tanpa bertanya terlebih dahulu kenapa lewat ke.. ada yang tak kene ker.. ok ke, sakit ke, accident ke, dah mampos ke!!

itu contoh senario yang terjadi laaa

hmm aku terfikir juga. kadang2 manusia ni tak fikir panjang sebelum bertindak.. bukan nak cakap orang sebab aku pun sama. tapi at least bila kita ingatkan orang, perkara tu boleh buat kita beringat untuk diri sendiri jugak. well… aku terkilan jugak dengan jawapan tu. tapi nak buat macamana. dia tak tahu keadaan tu. aku pun tak salahkan dia. cuma cara jawapan tu dibalas buat aku sedikit terjentik di dahi aku yang makin luas ni…

yang ada dalam otak aku, aku ni tak perfect untuk penuhi apa yang dia tetapkan… dan dia pun tak perfect untuk memahami semua keadaan aku dan semua orang… jadi kita selalu perlu belajar dari kesilapan. orang selalu kata learn by mistake.. well… sort of…

apapun, kita manusia yang ada limitation.. kita manusia yang sentiasa perlu belajar setiap saat sampai la kita mati…..

dan kesimpulannya.. memang takde manusia yang perfect dalam dunia ni… maka saling kita buat baiklah pada orang lain.. saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. saling menghormati hidup antara satu sama lain…

sebabnya?…

well.. kita hanyalah hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaanNya…

aku mungkin tak perfect pada orang lain. tapi orang lain tu pun bukannya perfect sangat.. so, takyah la kekwat!