Diam Diam Aku Rindu 2

Esoknya, aku ke pejabat. Dalam benakku, bukan kerja yang aku kejarkan. Tetapi Azura. Ada yang perlu aku kongsi dengannya. Aku masuk kerja pukul 8 pagi. Kelibat azura belum kelihatan. Aku sabar menanti.

Di pejabat, aku bekerja sebagai kerani biasa. ‘Macai’ kata kawan sepejabatku. Sudah hampir enam tahun aku di situ. Gajiku rasanya pernah dinaikkan sebanyak tiga kali. Maklumlah. Banyak ‘MC’!

Lebih kurang pukul 9.25 pagi, aku melihat Azura berjalan masuk ke pejabat. Dia kelihatan tenang sahaja. Aku biarkan dahulu. Biar dia kemaskan mejanya yang macam sarang tikus tu. Sehingga selesai dia keluar dari dapur pejabat dengan secawan air panas di tangan, baru aku menghampirinya.

“Ha, Man. Apa ceritanya kau malam tadi? Buat aku suspen je.” Azura terus bertanya bila nampak aku menghampirinya.

“Ni nak cerita la ni. Kau duduk la dulu. Tak sempat-sempat!” Aku berseloroh sambil ketawa kecil.

“Cerita je la. Aku tengah ‘free’ ni. Kejap lagi aku dah mula sibuk, minta maaflah banyak-banyak aku nak layan kau. Kerja banyak lagi nak dibuat. Ha, cerita la sekarang.”

“Macam ni. Aku nak tanya kau pasal Ifah la.”

“Ye lah. Aku tau lah pasal Ifah. Dari malam tadi asyik sebut ifah, Ifah, Ifah. Cakaplah kenapa.”

“Sebenarnya, aku minat kat dia la, Zura. Tapi aku tak tau nak nak cakap macamana.” Aku memulakan bicara berkenaan Latifah. Aku terus terang sahaja dengan Azura pagi itu. Azura mendengar luahanku sambil mulutnya ternganga.

“Kau ada hati dengan Ifah? Biar betul Man!” Dia tercengang. Matanya dibeliakkan. “Aku ingat kau suka kat jantan je. Perempuan pun kau ada selera ke?” Azura berseloroh. Aku sedikit bengang.

“Kau ni, aku cakap betul-betul, kau main-main pulak. Tak apa lah. Tak jadi cerita. Esok-esok je la aku cerita!” Aku bingkas bangun. Cepat-cepat Azura menarik tanganku supaya duduk.

“Ala, aku gurau je. Itupun nak merajuk. Lembik! Panggil pondan nanti marah! Tapi suka sangat nak merajuk! Ha, cerita la. Aku tengah berminat nak dengar ni.”

“Macam ni. Aku suka kat dia tapi aku tak reti macamana nak cakap. So that’s why aku cari kau. Aku tau kau memang rapat dengan dia. Mungkin kau boleh tolong aku. Kan, kan ,kan?”

“Tolong apa?”

“Tolong cakapkan la kat dia yang aku suka dia. Kau ni pun, tak faham-faham pulak. Kau dah kenapa!”

“Hek elleh! Kau yang nak dia, apasal kau suruh aku pulak?”

“Ala Zura, tolonglah. Kau je yang boleh tolong aku sekarang. Aku memang tak ada idea macamana nak cucuk line ni.” Aku masih merayu. Azura diam seketika.

“sejak bila kau suka kat Ifah ni?”

“Dah lama dah. Tapi masa tu aku ingat dia dah ada balak. Tapi lepas aku dapat tahu dia single, memang la aku nak test market.”

“Dah tu?”

“Dah tu, aku tak pandai buat marketing. Nak buat macamana…” Azura ketawa bila aku berkata sebegitu. Dia terdiam seketika sambil cuba memikirkan jalan yang sesuai.

“Haaa, begini. Kau tau tak. Ifah tu, dia suka ‘chatting’. Apakata kau ‘chat’ dengan dia. Lepas tu kau masukkan la jarum kau tu.”

“Dah cuba dah Zura. Sepatah aku tulis, sepatah la dia jawab. Lima patah aku tulis, sepatah juga dia jawab. Habis tu macamana?” Azura diam lagi. Pasti ada cara yang boleh mencairkan Ifah ni. Mungkin itu yang ada dalam fikiran Azura ketika itu. Sambil Azura memikirkan jalan, aku sambung berbicara, “Kau tau zura, masa kita pergi kursus kat Perak hari tu lagi aku dah nak cakap dengan dia, tapi dia asyik sibuk je. Lepas tu aku pulak accident. Langsung dah tak ada ‘mood’ nak cakap.”

Azura memandang aku tajam. Aku membalas pandangannya. Pasti ada yang bakal berhasil

bersambung…..