Diam Diam Aku Rindu 1

Hati semakin resah. Jari jemari di kiri dan kanan saling meramas antara satu sama lain. Bila dia nak balas emel ni. Sms yang dihantar pun langsung tidak berbalas juga. Aku semakin kalut. Mungkin dia tak suka padaku. Sebab itu dia tidak membalas emel dan sms tadi. Aku semakin buntu.

Sedang aku sibuk menunggu emel darinya, tiba-tiba Azura menegurku dalam Gmail chat, “Azman buat apa tu…”

“Tiada apa-apa. Saja membelek-belek internet ni ha. Kau di pejabat atau di rumah?” Taipku.

“Di pejabat lagi. Harini aku masuk kerja pukul 11 pagi.” Jawab Azura. Aku memeriksa waktu di skrin laptop. Pukul 5.24 petang. Maknanya dia akan pulang pukul 8.30 malam. Hmmm. Sambil menyelam, apakata aku minum air sekali.

“Zura, nak mintak tolong boleh tak?” taipku lagi.

“Apa dia? Jadual kerja minggu depan tak keluar lagilah.”

“Bukan jaduallah. Aku nak mintak tolong pada kau, Ifah ada di sana tak?” Aku cuba merisik khabar Latifah daripada Azura. Manalah tahu jika ada apa-apa perkembangan yang sepatutnya aku tahu.

“Tak ada lah Man. Kenapa? Kau rindu dia ek….”

“Eh tak adalah. Aku tanya je. Erm, dia tak kerja kah hari ni?”

“Tak. Kan dia tukar shif kerja dengan Rosya. Dia cuti hari ni dan esok. Lusa baru dia masuk kerja. Kau kerja esok kan?”

“Ya,” Jawabku sepatah. Kudratku tiba-tiba hilang untuk menaip lebih banyak perkataan. “Zura, kalau aku nak tanya kau sikit boleh tak? Pasal…. Pasal Ifah.” Aku cuba memberanikan diri dan membuka sedikit lubang rahsia hatiku. Aku tahu Azura agak rapat dengan Latifah. Jadi aku rasa agak tepat untuk aku bertanya tentang Latifah kepada Azura.

“Kau nak tanya apa?” Pantas Azura menaip. Kalau pasal gossip di pejabat, memang dia nombor satu!

“Erm.. macamana ek… Erm.. sebenarnya.. erm… tak apa lah Azura. Esok aku jumpa kau, kita cerita depan-depan ok!” jemariku terhenti disitu. Benakku tidak membenarkan jari-jemariku dari terus menaip.

“Eh, kau ni Man, aku dah bersungguh-sungguh dah ni. Saja kau nak potong stim kan!” Azura sedikit berang. Tersenyum aku membaca balasannya.

“Bukan macam tu Zura. Aku rasa macam tak sesuailah pulak cerita dalam internet ni. Rasa tak selamat lah.”

“Huh! Suka hati kau lah. Nanti esok kita sambung ok!” Ayat Azura seperti tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Aku terus sahaja menjawab.

“Ok. Esok kita jumpa di office.”

“Ok!”

BERSAMBUNG