Selamat Tinggal Teman 2010

teman
semalam kau menyapa hariku
meraut senyuman di wajah
dan berjalan bersama
beriringan mengisi masa terluang
dalam keramahan
aku lupa kita hanya insan
hanya mampu merancang senyuman
yang pasti tiada berkekalan
dan hari ini aku,.. kau tinggalkan
walau masih dalam senyuman
namun air mata yang menghantar mu pergi
kerana kata-kata
bukan lagi yang akan didengar
tapi hanya kenangan-kenangan yang hadir
yang pasti membuatku tersenyum atau menangis
bilakala teringatkanmu
teman
walau kekasih yang paling setia
walau cinta yang paling manis
namun teman yang paling berkekalan
walau wajah tak lagi hadir
namun ikatan tak pernah pudar
berbekal azimat itu
aku relakan kau pergi
pergilah kemana yang kau mahu
namun cuma satu permintaanku
bawa ikatan persahabatan ini bersama
andainya kau sudi…