Akulah Perindu Itu – 2010

Jika acapkali
Kau rasakan ada yang menepis cupingmu selemah bayu
maka itu aku
jika mungkin kau terasa bagai ada yang berkelibat dilirik matamu
itu pasti aku
atau jika kau merasa ada rona yang menggetus hati kecilmu
itu juga aku
kerana ia pasti diriku
yang seringkali merindu
dan termimpikan pesona wajahmu
terkesima dengan santun bahasamu
malah senyummu menodaku dari beradu
dan jadilah aku perindu itu
menanti kau buat mengisi balangnya
dan jika kau terasa bagai ada yang melamar cintamu
itu juga pasti aku…