Blank

arini aku off. betul2 off. selalu tu, bila offday, ada jer keje yang aku nak buat. ada jer site income yang aku akan kejar. tapi hari ni aku amek keputusan untuk berehat sepenuhnya kat umah. umahku syurgaku. konon nak recharge bateri otak ni. maklumla. dah beratus2 jam otak ni tak rehat langsung… tapi lain pulak yang jadi.

kata orang, rumah tu syurga pemiliknya. bila berada dalam umah kita, kita sepatutnya rasa bahagia dan tenteram. apa jer activiti kat umah tu patutnya menyenangkan hati. tapi lain pulak yang jadi kat aku arini.

aku rasa mcm kosong bebenar….

bangun pagi, lepas basuh muka sumer, aku keluar gi bayar duit umah dan kete. lepas tu singgah umah mak jap tgk anak buah yg comey lote. tghari aku balik umah dan mula membasuh baju dan kemas dapur. sapu lantai dan masak.

selesai solat, aku duk tgk tv. mcm tak best jer apa yg ada kat tv tu. atau mungkin sbb aku dah lama tak tgk tv. so tak feel sangat dah kekdahnyer! aku mundar mandir dalam umah. kejap ke dapur, kejap ke bilik, kejap mengendap jiran depan blok, kejap2 membaca emel dan membelek blog serta facebook. ada la dalam 2 kali bukak cimbclicks tgk2 akaun. manalah tau kot2 ada duit turun dari langit ker, orang tersalah masuk duit kat akaun aku ker.. tu jerlah. sampai asar.

lepas solat asar, aku baring kejap depan tv. mmg takde citer yang boleh layan. sumer takleh blah. dan dalam sunyi2 tu, aku tetiba rasa mcm kosong giler…. sumer mender aku rasa mcm malas nak layan….

aku mula sedar lepas tu. aku kene isi kekosongan tu… aku tau ada mender yang patut hilangkan sunyi tu… hmmmm

biler nak kawin ni…

ada seri dalam rumah…
untung2 ada baby yang menyerikan lagi rumahtangga…

hmmm entah biler ler nak kawin nih…