Maafkan Daku Sayang – 2009

Maafkan daku sayang

Penyebab air matamu jatuh

Lantar bergetar jiwa

Tersentak rasa

Tak pernah ku bayangkan akan kau yang begitu

Maafkanlah daku sayang

Kerana masih tak mengerti

Kerana masih tak memahami

Rentak dan retak hatimu

Ku kira kau tahu diriku

Namun ku tersedar semula

Betapa aku mendabik dada

Mementingkan jasadku sendiri

Tanpa minda dan perasaanku bersama

Sayang

Aku pernah berjanji takkan menyakitimu

Aku pernah berjanji untuk menyayangimu

Aku pernah berjanji akan membahagiakanmu

Kira tak kau terasa

Luahkannya padaku

Biar aku kibarkan semula ikrar itu

Biar aku susunkan semula jari jemari janjiku

Padamu

Yang pernah aku janjikan pada ketika dulu

Oh sayang

Hapuskanlah air matamu

Jangan biar ia mengalir lagi

Simpan untuk petala yang lebih dalam

Mari ku kesat ia

Dan kembalikan raut senyumanmu

Mari ku kucup sedihmu itu

Dan mengubahnya ceria

Sayang

Maafkan daku…