Mimpi – 2009

Malamku tadi

Disimbah rasa puas

Oleh satu kucupan penuh rasa cinta

Dari seorang kekasih

Rasanya menggegar jiwa

Menyembuh segala lara

Dan merawat segala derita

Malamku tadi

Disinar cahaya bahagia

Oleh suatu sirna mata menggoda

Dari seorang kekasih

Biasnya menerang laman cinta

Membangkit seri segenap ruangnya

Merobah dari yang gelita

Dan menjadikannya laman cinta yang paling ku damba

Walau semuanya khayalan mimpi

Namun itulah yang terindah

Mampu mengukir senyum pagiku

Dan dada menghela sentosa

Walau dia jauh di mata

Namun gagah menjengah mimpiku

Menemani malamku

Kerana dia…

… cinta padaku…