Awak… 2009

Awak,

Tiba-tiba saya teringat kat awak

Tiba-tiba rindu saya kat awak membuak-buak balik

Awak,

Saya tengah dengar radio

Di atas pangkin lama rumah kampung ni

Tiba-tiba lagu kita diputarkan

Terkedu saya sekejap

Teringat kat kenangan-kenangan kita dulu

Semuanya yang manis-manis

Teringat pada senyuman awak

Senyuman yang selalu membuat saya cair

Dan mengikut segala kemahuan awak

Awak,

Saya masih ingat lagi

Ketika awak dijemput kelangit

Saya bagaikan mati bersama-sama awak

Susah saya nak terima kenyataan tu

Tapi itulah yang terpaksa saya telan

Dan saya terima juga

Tangan kanan menggenggam setia

Tangan kiri melepas cinta

Walau ada sebekas lagi dihati

Tapi yang ada cukup sejati

Awak

Terima kasih kerana pernah menengah kedalam hidup saya

Terima kasih

Kerana pernah mengisi bekas cinta yang kosong ini

Sekosong hati ini

Sekarang ini

Awak

Saya lepaskan awak pergi

Dalam kesugulan diri dan ketidak-relaan hati

Namun satu yang pasti

Awak tetap dihati

Walau mungkin ada pengganti

Namun takkan sama

Dengan apa yang pernah saya lalui dengan awak

Awak cuma ada satu

Takkan ada duanya…

Awak..

Saya rindu awak…