Lagu Sekolah

Korang ingat tak lagi dengan lagu sekolah korang dulu? Ehehee.. pengalaman yang berharga gak nih! Aku tetiba teringat kat lagu2 tu sumer. Kelmarin aku cuba hafalkan sumer lagu2 tu bawak kat sini. Apakata korang nyanyikan lagu sekolah korang pulak. Cuba ingat sejauh mana korang sayangkan zaman tu.. ehehehe… ada berani??

 

Kat bawah ni aku tuliskan semua lagu sekolah yang aku pernah attend. Aku tak tulis nama sekolah tapi saper2 yang rasa tau lagu tu dan tau sekolah mana, cheers!!

 Sekolah rendah (pertama) – aku luper.. start dengan kedualah! ehehee

Sekolah rendah (kedua) – 1986

 

Harumnya kau sekolahku

Jadi lambang kemegahan

Harapan ayah dan ibu

Kejayaan pendidikan

Belajar berazam berbakti

Itulah selogan kami

Jasa pada ibu bapa

Juga kepada negara

Guru memberi didikan

Mencurahkan pelajaran

Kami berikar berjanji

Tunaikan apa yang dihajati

Keharuman SKLK

Kepimpinanku bererti

Menegakkan kemajuan

Mencapai cita yang suci

 

 

Sekolah rendah (kedua) 1991

 

Kami murid2 semua

Berikrar taat setia

Mendukung cita2 murni

Sekolah AU keramat

Berusaha berilmu Berjaya

Jadi cogan kata kita

Rajin belajar menambah ilmu

Itu harapan kita

Bersopan santun amalan hidup

Bersama maju jaya

Dibawah didikan guru

Yang ikhlas berhati mulia

Bersyukur kita pada tuhan

Patuh segala suruhan

Berusaha berilmu Berjaya

Jadi cogan kata kita

Rajin belajar menambah ilmu

Itu harapan kita

Bersopan santun amalan hidup

Bersama maju jaya

 

 

Sekolah menengah 1992

 

Megah ditanah ibunda

Penyambung harapan anak bangsa

Disinilah ilmu dipupuk dicari

Bersama menabur bakti

Sekolah yang penuh berjasa

Putera puteri harapan negara

Namamu gemilang sentiasa dikenang

Ditanah pusaka moyang

Berusaha displin jaya

Jadi amalan kita

Berbaktilah dan berjasa

Pada agama bangsa negara

Kenangilah jasa pendidik

Guru sebagai pelita ilmu

Menerangi alam yang gelap gelita

Demi mencapai cita

Berusaha berusaha

Teruslah berusaha

Berusaha berusaha

Tuju puncak jaya…

 

 

Lagu kat menara gading (pertama) 1997

 

Wujudmu disini

Ditanah anak merdeka

Bagai obor ilmu

Memayungi putera puterinya

Pelopor hidup budaya bangsa

Agama negara

Membentuk akhlak manusia

Agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini

Ingin mempelajari

Rahsia dimuka bumi

Dengan cara hakiki

Tunjukkan aku jalan ilmumu

Untukku menuju

Destinasi cita-cita agama dan bangsaku

Majulah bangsa maju negara

Berkat usaha jaya MARA

Kami berikrar akan berjasa

Hingga kita Berjaya

Demi bangsa

Wakitah yang kumiliki

Akan ku pelajari

Janjiku pada pertiwi

Untuk menabur bakti

Ku sempurnakan seikhlas hati

Membela negara

Doa restu ayahbonda

Ku untukmu semua

ITM usaha jaya MARA

 

 

Lagu kat menara gading (kedua) 2002

 

Ibu kandung suluh budiman

Obor dimalam gelap

Sebar budi penyebar tekad

Pancaran semangat waja

Ibu kandung suluh budiman

Ibu pujaan kami

Yang berjasa pada masyarakat

Ibu gagah berani

Ibu kandung suluh budiman

Dengarlah sumpah

Sumbangsih nan suci

Selagi hayat dikandung badan

Kami tetap berbakti