3 Hari 2 Malam… di HKL

3 Hari 2 Malam di…. HKL

 

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Rancangan jalan-jalan cari pasal pada kali ini akan membawakan satu destinasi yang paling menarik untuk dikunjungi oleh semua ahli keluarga yang menginginkan suatu percutian yang bukan sahaja menyeronokkan, malah menyihatkan badan dan minda.

 

Destinasi yang dimaksudkan ialah, HKL (Hospital Kuala Lumpur) Hotel, Resort and SPA. Sebuah resort yang paling ideal untuk dikunjungi. Tidak perlu menunggu musim cuti sekolah. Tidak perlu juga menunggu sehingga dapat bonus. Bila-bila sahaja boleh ‘check-in’ di hotel tersebut. Tapi ada syaratnya untuk menetap di hotel itu; anda perlu sakit! Hehehee..

 

Pada 15 April lepas, aku telah dimasukkan ke wad kerana masalah kencing manis..

 

Recap!

 

29 ke 31 mac – aku demam

7 ke 9 april 2009 – aku demam semula

11 april 2009 – aku dah mula merasa pening-pening

12 april 2009 – pening semula selepas bangun dari tidur. Jatuh lepas turun dari katil. Cuma terhoyong-hayang and sedikit muntah

13 ke 14 april 2009 – masih dalam kondisi yang sama Cuma sudah tidak muntah

15 april 2009 – masih dalam kondisi yang sama. Sebab tak tahan tu la aku pergi juga ke hospital. Dalam seminggu, berapa kali pula nak MC, kan? Nanti orang kata aku ambil kesempatan sebab dah sakit…

 

Okey, sambung balik.

 

Pengalaman masuk wad di HKL adalah pengalaman yang pelbagai. Bayangkanlah; masuk wad kelas 3. Perangai orang yang ada dalam wad kelas 3 tu memang pelbagai jugalah.. dan bukan sahaja perangai pesakit, perangai jururawat dan doktor juga adakalanya menggelikan hati. Tak kurang juga yang memualkan dan menyakitkan jiwa.

 

Dari OPD, aku dibawa ke wad menggunakan kerusi roda. Ada petugas yang membawaku ke sana. Walaupun aku masih boleh berjalan, aku tetap disuruh menggunakan kerusi roda kerana ia sudah menjadi prosedur di sana. Sampai di wad, aku disambut ‘dingin’ oleh seorang jururawat yang bernama Nordiana (kalau tidak salah aku). Dia bertanya kenapa masuk wad. Dan aku hanya menjawab, “sakit kepala rasanya.” Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan aku, dia mencebik mukanya kepada petugas yang membawaku ke sana. Aku terasa sedikit janggal dan ia membuatku tertanya, adakah mereka tidak perasan bahawa kelakuan mereka boleh dilihat oleh pesakit atau mereka memang bebal?! Namun, ku biarkan sahaja.

 

Oh ya, aku dimasukkan ke WAD 27, katil bernombor 16.

 

Naik sahaja ke atas katil di wad, jururawat terus memeriksa kadar gula. 18.8!!! OMG!! (tahap normal gula lebih kurang diantara 4 and 8 ) kurang dari itu bermakna tidak bagus, lebih pun tidak bagus juga… dan gula aku berapa??!! Sendiri mau ingat… dah macam tahap nak masuk kubur!!

 

Gelagat pesakit memang pelbagai. Dalam kubikal tempat dimana katilku ditempatkan, sepatutnya hanya ada enam katil sahaja. Tetapi kerana kebanjiran pesakit, empat katil ditambah pada setiap kubikal menjadikannya sepuluh. Dalam sepuluh katil yang ada, tiga dihuni warga emas yang agak sihat, seorang warga emas yang menghidap penyakit Parkinson, seorang belia india yang kemalangan (agaknya kot), seorang warga Thailand dan seorang remaja berumur tigabelas tahun yang menghidap demam denggi serta aku. Dua katil lagi masih kekosongan.

 

Selama tiga hari aku dimasukkan ke wad, pakcik yang bertiga ini tak pernah senyap. Ada sahaja cerita yang menjadi bahan bualan. Kadangkala sampai ke tengah malam! Bising sungguh. Tambah bising kalau waktu melawat. Maklumlah seronok bila ahli keluarga dan sahabat handai datang. Abang india yang duduk di katil hujung sebelah tingkap adalah seorang yang senyap. Tidak bertegur sapa atau malah tersenyum. Aku pun rasa takut untuk menegur. Aku rasakan mungkin dia kemalangan berdasarkan kakinya yang dibalut selepas dibedah pada malam kedua aku di situ.tapi aku tidak pula bertanya kepada sesiapa. Biarlah. Tidak penting barangkali.

 

Begitu juga dengan pakcik berketurunan siam di katil di hadapanku. Senyap sahaja. Muka pun menakutkan! Berlainan pakcik di katil sebelah kiriku yang berketurunan minang. Mulut tak pernah diam! Ada sahaja cerita yang baginya menarik untuk dikongsi. Aku layankan sahaja. Mungkin dia kebosanan.

 

Di sebelah kananku, ada seorang tua yang menghidap Parkinson. Seorang berketurunan cina. Dia sudah tidak boleh bercakap atau bangun. Makanan juga diimasukkan melalui tiub. Kesian dia. Dia ditemani oleh anak perempuannya yang agak bermasalah mental. Bayangkanlah, pada siang harinya, dia akan duduk di hadapan ayahnya dan bercakap seorang diri. Selagi tiada yang menegur atau menyuruhnya diam, selagi itulah dia bercakap. Dan bila malamnya, dia akan naik ke atas salah satu katil yang kosong dan terus tidur sambil berdengkur dengan tanpa rasa bersalah pada orang di sekelilingnya! Pernah SN Shahidah berkata padaku, “Nanti malam, dia ni jadi Jaga-lah. Bising je.”

 

Dan aku terus menjawab, “Bukan dia yang jadi Jaga-lah kak, aku rasa aku yang akan jadi Jaga kalau dengar dia berdengkur! Memekak je!” Hmmm begitulah sedikit sebanyak gelagat pesakit dan ahli keluarga mereka. Pada dasarnya, aku memang terhibur. Bayangkanlah kalau dimasukkan ke wad kelas dua atau satu, pasti sunyi hari-hariku.

 

Dalam wad di situ, ada beberapa jururawat (SN) yang mendapat perhatianku dengan cara, skil dan gelagat yang tersendiri. Umpamanya, SN Siti Sunarti. Beliau seorang yang pelembut. Bercakap dengannya umpama bercinta. Sejuk dada dan jiwa. Dilayannya pesakit umpama kekasih di depan mata. Dan ada jugak SN Norhasnita. Difahamkan beliau sebenarnya dipinjamkan ke situ kerana kekurangan kakitangan, namun yang menariknya tentang Norhasnita, beliau seorang yang peramah, jika bercakap mengenai diet, dia seorang juara. Difahamkan juga bahawa dia pernah mengikuti kursus mengenai diet selama beberapa bulan. Jadi tak hairanlah dia begitu petah bercakap mengenai pemakanan. Dan dia sangat membantu dan sering memberikan nasihat-nasihat yang sangat berguna serta mudah difahami.

 

Selain mereka berdua, ada juga SN lain yang semuanya baik-baik belaka. Contohnya seperti SN Zulaifah, Shahidah (katanya ada dua orang bernama Shahidah dan kedua-dua mereka sangat ramah, komited dan informatif), dan juga seorang SN lelaki bernama Zaiwawi serta beberapa SN lain yang tidak sempat aku mengambil nama mereka.

 

Sebut mengenai SN Zaiwawi, aku teringin membuat sedikit komen. Pada aku, beliau mempunyai dunia dia sendiri. Aku dapat melihat pergaulan beliau dengan SN dan staf lain adalah seperti biasa sahaja. Tetapi ketika melakukan tugasnya, dia terlalu serius dan tidak memandang kiri dan kanan. Terlalu tekun. Dan apa yang ingin aku katakan ialah, aku tidak pernah nampak senyumannya setakat ini. Aku pernah meminta baju dan seluar daripadanya. Dua kali. Dan tidak pernah dia tersenyum padaku. Walaupun ketika itu aku berkata terima kasih kepadanya. Dia hanya mengangguk dan berlalu. Namun, wajahnya tidaklah menunjukkan kesombongan. Orangnya boleh ku katakan humble.

 

Tidak seperti SN Nordiana tu. Serius aku katakan, SN Nordiana terlalu sombong untuk menjadi seorang jururawat. Elok dia dipindahkan sahaja ke bahagian lain. Meluat aku!

 

Hmmm kita lari sedikit dari komen-komen panas. Akan bersambung sebentar lagi. Sementara mood masih ada, baik kita bercakap mengenai perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Yang kurang menyenangkan akan menyusul di akhir bicara nanti. Ehehee..

 

Dalam ramai-ramai SN yang ada, aku sedikit terjeling dengan tiga pelajar dari Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Mereka adalah adik Hidayatun, Nursyazwana dan adik Nurhaslinda. Mereka bertiga adalah pelatih di wad berkenaan. Semasa hari aku keluar dari wad, ia juga hari terakhir mereka di wad 27. selepas itu mereka akan ke wad lain pula untuk menjalani latihan. Menimba pengalaman dari rencah yang berlainan pula dari pesakit-pesakit lain. Mereka bertiga memang sangat membantu. Walaupun kadangkala jelas kekeliruan di wajah masing-masing, namun mereka masih mampu melakukan kerja sambil tersenyum. Yelah. Kalau tidak, masakan nak mendapat markah yang baik nanti! Ehehe…

 

Dan dalam sekumpulan jururawat yang bertugas, takkan lengkap tanpa ketua jururawat yang berwibawa. Di situ, ada dua ketua jururawat (sister) yang sering berlegar setiap hari. Namun aku sempat mengambil satu nama sahaja. Itu pun kerana dia pernah menegurku dan bersembang. Sister Mizianun. Dia seorang yang ramah. Boleh tersenyum dan boleh diajak berbual. Itu yang semua orang mahukan.

 

Selain jururawat, aku juga kenal dengan dua orang doktor yang melawat dan memeriksaku setiap hari. Pertama, Dr. Rani. Aku tidak tahu berapa lama dia sudah menjadi seorang doktor. Namun aku rasa dia seperti baru sahaja beberapa bulan atau mungkin setahun dua menjadi doktor. Ini kerana dia sering bertanya kepada doktor lain dan tidak membuat keputusan sendiri berhubung apa yang dia lakukan. Dan satu lagi, dia pernah menyuruh seorang jururawat memeriksa kadar gulaku selang 20 minit selepas makan. Sepatutnya, paling awal adalah selepas sejam. Jadi sebab itu aku merasakan bahawa dia masih baru sebagai seorang doktor.. hmm manalah tahu kan… apa pun, dia memang sangat membantu dan tak lekang dengan senyuman. Syabas!

 

Seorang lagi doktor yang selalu ada di situ ialah Dr. Paras. Aku tidak tahu nama sebenar beliau. Jururawat lain jugak tidak tahu. Yang mereka tahu juga Dr. Paras sahaja. Beliau adalah doktor pakar di wad berkenaan. Aku pernah ‘panas’ sedikit dengan dia. Dia melihat rekod lawatanku ke OPD selama tiga tahun itu (yang mana didalamnya tercatat kadar paras gula yang sentiasa normal) namun masih bertanya kepadaku, adakah aku menjaga diet seharianku. Sampai tiga kali! Mana aku tak bengang! Memang aku menjawablah. Kalau dia membaca blog aku ni, ingin aku berkata kepadanya; aku yang sakit, aku yang lebih tahu akan penyakitku. Apa yang aku makan, minum dan apa yang aku adap seharian, aku sahaja yang tahu dan aku juga pasti akan menjaga semua itu. Aku hendak sihat, takkan aku akan mengabaikan diet seharianku! Maka aku lebih tahu.. harap maklum. Ehehe…

 

Apapun, aku sangat berterima kasih kepada seluruh warga Wad 27 atas bantuan yang amat berharga. Kalian semua telah melakukan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh. Ini yang dimahukan oleh semua orang. Selama ini, memang banyak rungutan yang didengari dari banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan layanan daripada hospital kerajaan. Namun pengalaman yang aku lalui sememangnya mengubah pendirian dan pemikiran aku terhadap mereka semua.

 

Bukan semua yang terlalu garang dan tak berperikemanusiaan. Bukan semua yang bertugas di hospital kerajaan itu cacamerba kerjanya. Mungkin ada tapi Cuma segelintir sahaja. Hanya segelintir. Namun yang segelintir itulah yang kadangkala merosakkan pemikiran dan tanggapan ramai terhadap mereka yang lain yang sangat komited dan bertanggungjawab.

 

aku ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada SN Nordiana jika komen ini kedengaran sedikit tempelak dan sensitif. Namun ia adalah suatu yang lahir dari hati aku yang tulus. Semata-mata ingin melihat kau tersenyum secara ikhlas dengan pesakit lain ketika bertugas. Tolonglah buang raut wajah yang sangat ‘buruk’ itu. Sekali kau buat muka yang sangat meluatkan itu, sampai bila-bila orang akan kenang dan membenci kau. Tentu kau taknak dikata begitu. Namun jika kau tak belajar bagaimana untuk bekerja dengan ikhlas, lebih baik jangan.

 

Bekerja sebagai jururawat adalah salah satu cabang perkhidmatan pelanggan. Asas khidmat pelanggan amat mudah, ringkas, jelas dan bagus. Senyum, layanan mesra, dan ‘tangkap’ kepercayaan pelanggan. Selain itu, tona suara, intonasi dan gaya percakapan juga sangat penting. Itu yang penting. Bukan dengan menjeling tajam, mencebik dan berkata berseorangan di’belakang’ pesakit tetapi tersenyum indah didepan dengan penuh penipuan. Pelanggan tetap akan dapat ‘membaca’ kelakuan dan gerak tubuh tersebut. Raut wajah sudah cukup untuk memberitahu pelanggan apa situasi dan perasaan ko ketika itu. Tak semua pesakit yang dimasukkan ke wad kelas tiga merupakan mereka yang tak berpelajaran, bodoh dan dan tidak tahu berfikir. Jadi jangan terlalu mudah ‘menjadi diri sendiri’ ketika bertugas. Buang perangai buruk sebelum ke tempat kerja jika itu perangai asal kau.

 

Sekali lagi aku minta maaf kalau kata-kataku ini menghiris hati kau. Tetapi aku rasa kau terlebih dahulu sudahpun menghancurkan tanggapan baik aku kepada kau semasa kau menyambutku di pintu masuk wad berkenaan. Dan kepada SN Zaiwawi, lekatkan sedikit senyuman di wajah kau tu bila berdepan dengan pesakit. Sasaran layanan kau sebagai seorang jururawat adalah dengan pesakit. Bukan sesama staf semata-mata. Jadi, senyumlah sedikit, ya!

 

Apapun, aku amat berpuas hati dengan pengalaman aku ketika di HKL Hotel, Resorts and SPA. Walaupun mendapat suites yang murah, namun layanan di sana tetap mesra dan amat menyenangkan hati. TAHNIAH!!