Aku Hilang

didalam hati ini, terbungkam banyak benda dan perkara yang tidak dapat nak diluahkan… dalam hati ini, terkandung beribu rasa gundah gulana yang membusong lalu meracun segenap dindingnya… dan yang paling ketara, kesakitan dari racun itu membuatku tidak dapat membendung wajahku dari bermuram dan bersedih…

aku hilang punca.. aku hilang segala yang dapat kufikirkan untuk mengatasi segala yang ku hadapi.. dan ada kalanya, aku sendiri hilang dalam segala kekalutan yang masih tidak terungkai.. hmm.. mengapa agaknya…

aku cuba membuka mata hati dan minda seluas-luasnya untuk membetulkan keadaan.. namun bukan sekadar melihat, malah mendekAtinya juga tak ku daya…

apa yang dapat ku lakukan untuk keluar dari semua ini? hmmm aku masih kekalutan….

siapa yang dapat membantuku untuk keluar dari semua ini? hmmm aku masih lagi kekalutan… dan rasanya aku tak perlukan bantuan sesiapa untuk masalah yang kuhadapi.. kerana hanya aku yang tahu dimana silapnya… dan hanya aku yang mampu membetulkannya….

namun aku masih “hilang”…… aku masih hilang….