Cinta Hadir – 2009

Cinta hadir..

Bukan dengan kata-kata

Bukan dengan ciuman mesra..

Atau dengan harta benda

Cinta hadir…

Dari hati yang tulus memberi

Sederap langkah cinta itu

Secerah hatinya menerima…

Cinta lahir..

Bagaikan dipanah sejuta senyuman

Yang membuah warna-warna ….

Dan pada senyuman cinta itu

Terjalin kata-kata yang tak perlu diluahkan

Kerana ia jelas terlihatkan

Bagaikan bias-bias cahaya

Ia meresap dan menerjah jiwa

Cinta hadir… dari rasa cinta yang lahir..

Dari lubuk hati yang setia

Cinta hadir… untukku jua..