Zaman Kecil Kiter…

Kenangan

Kenangan

korang ingat lagi tak dengan zaman kecik korang? konfom zaman tu best kan? saper2 yang lahir between 1975 to 1980 mesti banyak kenangan lama yang tak dapat dilupakan. zaman tu takde handphone, takde PSP PS2/3 tu sumer. takde komputer personal kat umah. jauh sekali nak internet. tak kenal pun mender2 tu…

apa yang kita ada? kita ada dunia kita sendiri… aku teringat bila mumu (celcom) sebut citer moero atack!! teringat kisah2 silam biler time tu, bukan kita jer yang fanatic dengan volleyball. siap satu family. kat apartment mak apak aku time tu siap buat tounament main volleyball kat court badminton kat bawah umah. tiap2 hari tangan merah jer… tapi time2 tu sumer la yang paling bermakna!! bukan stakat main volleyball (bahasa melayunyer apa ek?), siap yg mak2 buat air dan cekodok bagai!! lepas main duduk2 kat tgh2 court tu makan2 sambil sembang2… ada lagi ker cara tu sekarang? hmmm…

dan citer kat tv pun tak kurang hebatnyer… selain moero attack, ada suria baja itam laaa… miss commet la, hah!! aku teringat. I dream of jinnie!!!! siap balik umah, menyorok belakang langsir mak aku… feeling2 buat vail gitu!! hahahah… just reply and name them here if u guys could remember.. it was sooooo memorable!

dan bila ingatkan game2 lama… takde satu pun yang ada kat internet nih.. semuanya yang perlukan tenaga!! rounders, baling seliper, galah panjang sumer… oh yer, pada korang yang duduk kampung, mesti korang ada main tengteng, cop2 tiang yang selalu main kat bawah umah time ujan tu, batu seremban. pastu korek tanah kat bawah umah, kumpul biji getah and main congkak! aaaaaaaahhhhhhhhhh!!!!!!! bahagianya duniaku dulu… tak mcm sekarang… semua terperuk dalam umah… patutla sumernyer gedempol!! mcm aku!!! ehehe..

dan pada yang ala2 kaya skit, belilah lego… main dalam bilik atau kat depan pintu umah dengan jiran sebelah.. bina itu ini.. konon2 besar nanti jadi engineer la kan.. haram!! takpun ada gak yang beli satu set soldier statue. alah.. patung askar yang kecik2 tuuu.. yang banyak2 tu… kat kaki dia ada plat untuk stand. siap ada kete kebal, stand mesin gun sumer…. huh!! susun satu2 sampai penuh satu umah! dari dalam bilik, sampai bawah katil, membawak ke dapur, bawah meja makan, celah kerusi sampai ke luar umah. pastu terpekik sorang2 konon ko tu commanding officer lah!! pastu mak punya bengang, sapu sumer n buang!! aduuuuhh.. abah jugak yang sakit kena beli sat udua set lagi pastu… eehehe..

oh yer… zaman tu, permainan seperti barbie, transformers toy version, the mask, semuanya baru kuar kat pasaran. so, perubahan dari zaman permainan tradisional kepada jenis gadget2 tu sumer bermula pada zaman kami sumer. masa tgk kawan2 yg berada tu beli the mask, hot wheel n bawak ke sekolah atau menunjuk2 time petang lepas sekolah agama, memang membuatkan kita menganga. pastu balik umah, menyalak kat mak abah suh beli… haaaaaaa time tu mana mak abah yang dah tension kena paksa, siapla ko. kuar la segala rotan bulat, bulu ayam, tali pinggang. ha, demand la macam2. siap ko! dapatlah cenderamata, cenderahati sumer.. melekat satu3 kat badan… eheheee…

kalau ada yang nak guna duit sendiri nak beli sumer tu, siap tak makan kat sekolah. simpan duit tu, bila dah cukup. apalagi, kumpul geng dua tiga orang, gi bandar naik bas sri jaya. sampai kat yaohan (the mall), siap!! tingkat dua tu adalah sasaran. dulu ada satu kedai gadget kat situ. mcm2 leh beli. siap kautim lagi. kecik2 dah pandai tawar menawar. saper kata ppuan jer pandai tawar menawar?? lelaki dah pandai sejak kecik tau!! under cover lagi! ehehe.. haa.. bila dah jenuh simpan duit tu memang berbaloi. tapi memang kebulur lah. balik umah, makan mcm dah kebulur 4 hari. mula2 mak tak detect. ingat belajar kuat sangat sampai kelaparan. tiba2 dia jumpa tabung yg penuh isi duit. haaa bermulalah sessi soal jawab. mana datang duit ni sumer!! kalau menyimpan pun takkan byk sangat camni!! so kita pun bgtaulah tujuan murni nakkan gadget2 hebat dipasaran… yg mak pun terkial2 pikir.. apekebedernyer yang budak ni cakap… penat bagi duit suh makan. dia simpan. ingatkan menabung untuk masuk dalam bank. untuk kegunaan di menara gading.. rupa2nyer…. hehehehe

so.. tu la sedikit sebanyak himpunan ceritera lama…. mengingatkan zaman silam kiter dulu, zaman kecik kiter….. memang zaman yang seronok! kalau dapat kembali kat zaman tu, komfom korang akan…. hish!! tak tau nak katalah!! best zaman tuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

so soalannyer ialah…. cuba teka kat gambar tu… yg mana gambar aku!! eheheee…