Lamunan Di Atas Sejadah Hijau – 2009

Aku rasa

Aku semakin berjaya menepis diriku darinya

Aku rasa

Aku semakin boleh menguatkan diriku

Untuk tidak terus mengingati dia

Dan aku rasa

Aku masih mampu untuk berdiri teguh

Di atas kaki aku sendiri

Walaupun mungkin baying-bayangnya

Masih terus mengikut

Jauh atau dekat ia berada di belakangku

Aku rasa aku tak perlu risau

Mungkin wajahnya

Atau kenangannya

Boleh aku jadikan sebagai penguat diriku

Untuk terus bergerak

Kerana dengan apa yg terjadi

Ia membuatkanku lebih berhati-hati

Untuk mengatur setiap langkah yg ku ada

Yang membuatkanku lebih mengerti

Apa sebenarnya yang ku perlukan dalam hidup ini

Ya allah

Terima kasih dan syukur padaMu ya Allah

Dapat Kau didik dan pupuk hati ini

Supaya menerima

Yg diri ini mungkin akan kesunyian

Untuk satu masa yang tak pasti sampai bila

Namun aku masih sentiasa mengetahui ya Allah

Kau sentiasa ada bersamaku

Hmmm

Aku harap sangat

Apa yg aku lalui sekarang

Diredhai, dan dimudahkan

Ya Mutho’ali

Ya Mutho’ali

Ya Mutho’ali

Walaupun kadangkala

Aku teramat rindukan dia

Aku mungkin teringatkan dia

Dan pada sesetengah lagu yang aku dengar

Mencungkil kembali semua memori lepas

Dan keadaan-keadaan yg lepas

Tapi aku tahu

Ia sudah mampu membuatkan aku tersenyum

Dan tak menangis lagi seperti dulu

Mungkin ada sedihnyer

Itu semua perasaan yg diberi Tuhan

Rasa cinta dan sayang yang diberi Tuhan

Tapi inilah aku

Aku perlu kuat

Aku perlu tabah

Aku perlu cekal menghadapinya

Dan menerima perpisahan ini

Kuatkan aku ya Allah

Tabahkan aku yg Allah

Cekalkan aku ya Allah

Amin ya robbal aalamiiin