Demam

dah dua hari aku demam. selsema toksah cakap ar… abis baju yang aku pakai pun jadi mangsa hembusan bayu beracun aku nih.. ehehe… sejak semalam suara takde.. di klinik, dorang hanya bagi pcm, ubat batuk dan antibiotik… tu jer… dan suara masih lagi takde.. tekak sakit dan rasa mcm dah terluka… sadis gitu!! tapi doktor tu bagi aku mc 2 ari… dia kenal aku dan tau pasal antibody aku yang rendah. konfiden jer cakap demam aku takkan kebah dalam sehari. ehehe.. lantaklah.. aku mmg dah tak larat time tu… ikut jer…

aku risau pasal keje aku. dari awal tahun aritu, ada je problem aku dengan keje… kalau tak AL, EL, MC…. tu jer yang aku famous sekarang.. pengsan kat opis tu dah sekali… apa yang paling aku takut sekali ialah impression warga netcare terhadap revealians aku kat situ… takde rekod yang best yang aku create kat celcom nih… masalah sajer.. i know their reputation here. way up high.. aku taknak rosakkan apa yang ada dengan diri aku yang tak semenggah ni..

tapi nak wat camner… dah aku demam… msg kat aziz bagtau keadaan aku nih (nak manja2 la kunun kan…) and as easy as a click on keyboard, he just reply – “dah. rehat jer. jangan datang keje” well… aku tau dia risau.. (ehehe mcm la sangat… aku tau dia suka aku takde… aku ni suka sakat and melekat kat dia.. sampai ada sorang tu naik menyampah dengan keadaan tu… sowwi friend.. i just having him as a friend.. not more than that… do understand my situation.. tq!)

arini hari kedua aku mc.. kepala pening sejak pagi n muntah2 dah beberapa kali.. idung berdarah lagi… mak suggest minum air kelapa. oh no way.. takut keluar mender bukan2 nanti, lama lagi aku cuti. mcm vads tu pak ngah aku punya pulakkan.. sedap2 jer nak cuti.. tgk orang lain ada gak sakit.. tapi leh datang keje gak.. hmmm.. malu jugak aku.. dari pagi tadi, tangan, muka dan kaki menggigil.. mata panas berair, telinga berdesing tak sudah2 dan bibirku marak kemerahan dan sakit bila disentuh… kepala, toksah cakap la. kalau boleh nak suruh somebody pijakkan.. tapi teringat diktatorship murtad, kamal attartuk yang mati sebab sakit kepala yang teramat sangat sehingga suruh orang pijak kepala dia.. langsung tak jadi. makanlah pcm tu lagi dan rehat…

pukul 10 pagi, gi klinik lagi dan farmasi just to check suhu badan; still 38’c. sajer gi farmasi untuk check gula. 10.8.. hmm tinggi sikit.. nasib baik blood pressure tak tinggi. 139/87.. cuuunnn… dah lama bp aku tak cantik camtu… agaknya mmg nak suruh demam selalu kot… dan sepanjang hari ni, idung aku dah berdarah 3 kali sebab panas dalam badan!!

hmmm… talking about demam, aku teringat dalam sati kitab sufi yang aku baca, demam itu penghapus dosa…

is it? hmmm…

kalau nak cakap pasal dosa, aku tak reti nak buat kiraannya macamana.. tak pandai.. tapi tak aku nafikan ada buat dosa.. tak tau lah each day ada ke tak… but for at least, aku solat everyday dan aku minta ampun. aku anggap demam ni dapat menghapuskan dosa2 kecilku yang mungkin aku tak perasan. hmmm mana taknyer. mulutpun lazer jer. ehehe tak perasan kalau tercaras atau terlahar kat saper2..

menjelang petang, demam tu aku rasakan surut sikit.. tengahari tadi aku kuatkan badan balik umah dan kemas umah. cuci bilik air dan lap kipas2 yg dah berhabuk. sajer aku nak kuarkan peluh. petang semalam msg kat aziz tanya nak mandi air panas ke sejuk. dia kata try ar air sejuk (no liabilities for this). so aku try air sejuk tengah malam tadi… mula2 ku rasa segar gak skit.. lepas solat terus tido.. tapi bangun pagi tadi rasa mcm takleh bangun langsung… tak tau lah ianya pasal mandi air sejuk malam tu atau memang tak larat pasal demam tak kebah2…

hmmm…

dan sekarang ni, demam masih rasa lagi, mata masih berair lagi, idung dah tak berdarah tapi selsema tak stop lagi… selain ubat hospital, air kembang semangkuk dan juga air asam jawa dah bergelen aku pulun.. tapi tak lagi reda.. takper.. aku tunggu lagi.. mungkin banyak dosa aku kali ni… sebab suara pun tak keluar lagi… aku nak gi keje camner dengan keadaan camni? tak gi keje akan menyusahkan orang lain yang terpaksa buat keje aku. tapi bila pergi dan jadi pulak masalah mcm ari tu, pun akan menyusahkan orang lain jugak… abih tu camner?? pening aku…

oh yer… untuk rekod, i was borned with a low antibody. so from there, my metabolism is weak… im easy to berjangkit penyakit (e.g: demam and selsema), i cant hold heavy things, and im also allergic with some vitamins and mineral. so takleh makan sebarangan multivitamin atau minum air mineral yang tak diproses (pure mineral water). hmm.. dugaan yang tak sudah2… tapi aku akan cuba memperkasa diri… aku akan cuba… insya allah…