C . I . N . T . A

“Cinta.. tak ku mengerti.. sekarang ingin, esok tak ingin…”

 

Ungkapan lagu tu sesekali menjengah minda dan suasana… dan aku… semakin hari semakin aku allegik dengan cinta… pernah disakiti beberapa kali dan aku rasa serik bercinta lagi… namun hati ni, tuhan jer tau… sebab perasaan tu Tuhan yang bagi…

 

Sebut pasal cinta, ramai yang akan kata, cinta apa ada zaman sekarang nih! Ataupun, apa la yang jiwang karat sangat mamat ni.. step on real life boleh tak!! Ehehee… punya pasallah! Tapi dorang selalu luper… walaupun cinta tu adalah satu perkataan yang mungkin membosankan pada sesetengah orang, tapi itu lah yang di adapnya hari2…

 

Cinta adalah suatu yang general. Subjektif. Ia membawa satu makna yang cukup besar dalam kehidupan. Cinta membahagikan ‘dirinya’ kepada terlalu banyak cabang; kepada manusia, haiwan, benda, kehidupan, suasana, dan yang terpenting sekali Tuhan..

 

Kita sentuh sikit pasal cinta sesama manusia…

 

Apa yang melahirkan cinta? Apa yang terbitkan cinta?… adakah pandangan seseorang? Atau perwatakan? Atau suara? Ataupun sebenarnya yang membuahkan cinta seseorang terhadap seseorang itu adalah sesuatu yang tak terdefinisi? Maksudnya, cinta itu lahir dari hati yang terdetik tanpa ada sebab mengapa….

 

Hmmm…. Mungkin ramai yang menyangka bahawa cinta itu lahir atas berbagai alasan… kerana mukalaa, jelingannya la, bibirnya la, kegagahannya la, mucle nyer la, air peluhnya laaa… mcm2….

 

Tapi pada aku… cinta tu lahir… takde sebabnya.. pada aku, bila hati terdetik sukakan sesuatu, atau rindukan sesuatu, atau cintakan sesuatu… takkan ada sebabnya mengapa…. Perlukah sebab untuk mencintai seseorang? As in kalau ada alasan yang munasabah, barulah rasa cinta itu akan lahir? Adakah rasa cinta tu dapat dikawal? Hmmm… pada aku, tak…

 

Aku mungkin tak tau dan tak dapat nak bgtau secara saintifik pasal ni sebab sains aku pun masa spm dulu dapat 7 jer… tapi instinct aku ni sangat kuat mengatakan bahawa cinta tu tak perlukan sebab untuk hadir… dan juga untuk hilang… dan at least spm aku pass…. Tak failed.. (tetiba lari tajuk! Ehehe)

 

This is my quote – bila kita cinta dan rindukan seseorang, takkan ada sebab mengapa…

 

Cuba kita renung sejenak dengan akal korang semua yang panjang…

 

Sepasang kekasih yang sangat mencintai satu sama lain (ini cerita benar) mengambil keputusan untuk berkahwin… Alhamdulillah… tapi lepas kawin, baru laki dia tunjukkan real skin dia… pukul, tumbuk, tendang dan terajang… mabuk dan main pempuan sana sini. Tapi, sang isteri tak pulak buat report polis ker… ngadu kat mak bapak dia ker.. atau failkan cerai kat mahkamah. Alasannya, itu suami dia dan dia sayangkan (cintakan)nya. Di tanya kenapa masih mencintai suami yang sebegitu, dia hanya mampu menjawab – itu suami saya, saya masih cintakan dia…. So… apa alasannya dia mencintai sorang suami yang begitu jelas kesengalannya, yang memukul dan menerajangnya, mendua kan dia di luar.. bukan setakat dua.. entah2 menduapuluhkan dia ke apa… so, sekali lagi, apa alasannya dia mencintai suami dia? Tiada….. kerana cinta tu adalah cinta… cinta tetap cinta.. walau apapun yang terjadi… tanpa sebarang sebab mengapa…

 

Dan satu lagi, ada sorang pempuan ni… (ini pun kisah benar), dia sedang mencintai seorang lelaki… dah dekat 4 tahun bercinta.. tetiba satu hari, ada satu family ni berpindah ke sebelah umah dia… dalam family tu ada seorang mamat yang mukanya memang stok pecah umah lah… mcm biasa la bila orang pindah, kita kenalah buat baik… orang berbudi, kita berbahasa… so mak ppuan ni masak lauk dan bagilah semangkuk kat jiran baru sebelah umah. Ppuan ni yang sampaikan dan arakian mamat muka pecah umah tu yang bukak pintu… so, indirectly berkenalan… takde apa yang berlaku… tapi hari demi hari, dorang sering bersembang, kenal hati budi, online ym, skype bagai! Dan tiba2 terbit bibit2 cinta.. bukan telepon bimbit! Tapi bibit cinta…. Bukan takde boyfren. Ada… dan dia masih cintakan boyfren dia.. takde sebarang masalah di antara mereka… tapi, ppuan ni boleh lak tersangkut dgn mamat muka pecah umah tadi…

 

Bila ditanya mengapa? Ppuan ni diam… takleh nak jawab… kalau secara kasar dan kuang ajarnya nak banding boyfen dia dengan jiran, boy dia jauh lebih kacak lagi. Badan toksah citer ar.. boy dia ni gi gym tiap2 ari… bau badan pun memang jauh beza, berwangi2an sesajer boy dia ni berbanding jiran dia yang keje hanya sebagai bank messenger yang tak reti pun pakai deodorant. He smells like a ‘person’ gitu kekdahnye.  ehehe…. Tapi leh sangkut jugak… pasal apa? Dan bila ditanya mengapa mencintai jirannya itu, dia takleh nak jawab….

 

Well… itulah cinta… kata melly goslow, ada apa dengan cinta.. apa nak dikomen? Hmmm kalau dapat didefinasikan dari mana datangnya cinta tu, mesti susah nak keluarkan… aku rasa korang pun setuju kalau aku kata kenapa cintakan seseorang atau sesuatu tu takde definasi tertentu atau mungkin boleh jawab, kerana ia datang dengan sendirinya tanpa sebab mengapa… hmm konfius lak…

 

Dan aku pun bukan amek article dari mana2 atau baca dari mana2… just ikut kata hati bila nak tulis.. kang amek dari buku oang lain kang kena bayar royalty la pulak… ehehe..

 

Jadi, bottom line, kalau anda mencintai seseorang, janganlah terlalu mencari kesempurnaan dia kerana cinta tu datang tanpa dipaksa.. tak boleh di sekat dan tak kenal siapa… bak kata datuk siti dalam lagunya, cinta hadir, tanpaku rasa simpati…

 

So kesimpulannya:-

 

  1. cinta hadir tanpa sebab tertentu.. kerana ia adalah cinta dan that’s it… take it by hart..
  2. seseorang yang mencintai seseorang, tak boleh dipersalahkan jika orang yang dicintai tu adalah laki orang atau bini orang, pakwe atau makwe orang… sebab itu adalah perasaan yang lahir dari hati yang tulus… yang salah adalah kepada siapa cinta itu dizahirkan dan bagaimana ia dizahirkan… itu yang kadang2 jadi tersasar tu… dan semua tu ujian dari Allah untuk memperkukuh diri dan peribadi…
  3. cinta takde kene mengena dengan kes2 khalwat dan sumbang mahram atau sumbangsih sumer.. sebb semua tu namanya nafsu… cinta datangnya suci, perbuatan tersasar yang mencemarkannya…
  4. cinta yang terbit dari hati adalah permulaan jodoh pertemuan… ia adalah pemberian dari Tuhan… dan terpulang pada naluri, perasaan, nafsu, hati dan akal untuk menguruskan cinta itu sehingga hidup menjadi seperti yang diinginkan dalam tujuan bercinta..

 

wah!!! Mcm bagus menulis!! Sendiri pun tak kawin lagi n putus tunang! Ada hati nak tulis pasal cinta… ehehe.. takper.. aku tulis melalui pengalaman…. Bukan setakat pengalaman aku.. tapi pengalaman orang lain jugak… sajer nak kongsi perkara ni bila baru2 ni aku dengar ada orang menyalahkan cinta yang lahir dari hati seseorang.. dan bukannya apa yang dilakukan terhadap orang yang dicintai tu.. mmg aku tak puas hati… perasaan yang Tuhan bagi tu disalahkan dan sorang lagi pulak menyalahgunakan… ada ke patut…