Asam Pedas

Bahan2nya

Bahan A

Segenggam kecil cili kering

Bawang besar – sebiji

Bawang putih – 2 ulas

Halia ½ inci

Semua bahan A di blend

Bahan B

Sesudu teh jintan manis/ hitam

Sesudu teh jintan putih

Sesudu teh lada hitam

Sesudu teh biji sawi

Semua bahan B di blend

Bahan C

Sebatang bunga kantan – dihiris

Dua tangkai daun kesum – diambil daunnya sahaja

Terung – 2 batang dibelah dua / bende – empat ke lima batang dibelah separuh

3 ke 4 ekor ikan kembung/ 2 ekor ikan cencaru/ 3 keping ikan pari

Semangkuk air asam jawa – 400ml

1 liter air

Setengah cawan isi kelapa – dibakar sedikit dan dihiris nipis

Cara Membuatnya

Tumis bahan A sehingga garing. Masukkan bahan B dan tumiskan sampai naik baunya.

Kemudian masukkan kelapa bakar yang telah dihiris tadi.

Masukkan ikan dan dikacau seketika sebelum memasukkan air asam jawa dan air. Kenakan garam.

Masukkan bahan C dan biar mendidih sehinnga masak.

Nota: bunga kantan dan daun kesum hanyalah optional. Nak masuk boleh. Taknak pun boleh…

ikan boleh dipelbagaikan. jenahak atau ikan sebelah pun sedap gak…

Selamat mencuba!