Dajjal

salam… dalam akhbar beberapa hari lepas, ada cerita pasal seekor lipas yang cuba menggigit mata seorang bayi bermata satu di india… sila baca berita tersebut…:-

 

Lipas gigit bayi bermata satu di India
NEW DELHI, 11 Feb. – Seekor lipas cuba menggerit mata seorang bayi yang baru lima hari dilahirkan di sebuah hospital di Kolkata, di sini.
Bagaimanapun para petugas hospital kerajaan itu, sempat menghalang kejadian tersebut daripada berterusan, lapor akhbar The Asian Age hari ini.
Bayi lelaki itu yang mengalami penyakit pelbagai keganjilan semula jadi (MCA), dilahirkan dengan bermata satu.
“Bayi yang dilahirkan dengan sebelah mata ini diletakkan di dalam bilik pemulihan di jabatan pembedahan pediatrik selepas menjalani pembedahan.
“Salah seorang doktor kita mendapati seekor lipas sedang menggerit matanya, dan beliau sempat menyelamatkan bayi ini,” kata ketua jabatan Kolej Perubatan NRS (Nilratan Sircar), Dr Biswanath Mukhopadhyay. – BERNAMA

 

well….. dan apa yang aku fikir kan? hmmm FYI, ini hanyalah imaginasi aku sahaja… tak bermaksud nak downkan saper2. no offend please… seperti yg aku tulis, this is only my imagination…

lipas tu mungkin tau pasal cerita dajjal yang akan keluar dan menzalimi muka bumi ni satu hari nanti sebelum kiamat menjelang (well, umum tahu kita semua memang dah di akhir zaman pun… so mmg tak mustahil). mungkin datuk nenek dia pernah citer kat dia sebelum mereka di spray dengan shieldtox penghapus lipas ®  ke, mana nak tau kan…  dan samada lipas tu memang tahu yang bayi tu dajjal, atau mungkin lipas tu rasa bayi tu mungkin dajjal… dan mungkin jugak lipas tu sebenarnya sengal.. mcm aku!!..

so dia pun feeling2 ala2 hero dunia masa kini ar dan rasa dia mungkin boleh menyelamatkan dunia dari dajjal durjana yang akan merosakkan kita semua.. jadi dengan rasa penuh tanggungjawab (wah dah mcm iklan Bersamamu ditaja oleh beras faiza emas!!) kepada agama dan dunia, lipas tu pun dengan gagah menghampiri bayi tu dan terus menggerit matanya. dengan harapan agar matanya menjadi buta. tak tau la kalau ada dia tgk citer ibu mertuaku, mungkin dia pakai garfu la kot… ehehe…

dan pada imaginasi aku lagi, lipas tu buat canggitu sbb nak bagi mata bayi tu buta dan tak nampak apa2 so bila dah besar nanti tentu takkan dapat merealisasikan harapannya (dajjal) untuk menakluk bumi (dah mcm citer gaban!)

well… tu sumer adalah imaginasi aku semata2.. dan aku tak nafikan, mungkin ada orang lain yang  juga sependapat dengan aku…

tapi kalau kita boleh fikir secara kritis, Tuhan tu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Dia takkan jadikan lipas tu semata2 takde otak dan buat semak dalam rumah kita dan berak rata2 dalam laci dan juga gigit baju kita kasi koyak dan buat corak mcm2 kat kain baju kiter. Allah dah tentukan apa yang Dia nak. Kun faya kun.. jadi maka jadilah (ilaa akhir aayahh)

mungkin betul lipas tu fikir macam tu. mungkin betul ia merasakan bahawa bayi tu adalah dajjal… siapa dan dimana sebenarnya dajjal hanya allah yang tahu.. walau tertulis di dalam byk buku dan maklumat sahih dan tak sahih di mana tinggal dan diamnya dajjal sehingga sampai waktu keluarnya nanti, namun kalau difikir secara kritis lagi, logik apa yang dilakukan oleh lipas tu kalau ia memang menyangka bahawa bayi tu dajjal… mungkin dia dah niat fisabilillah…. Lipas juga makhluk Allah dan tentu dia ada juga fikiran… lagipun, sapa nak marah…. kalau ko nampak ada orang mengadap sekor lipas dan marah2 kat lipas tu, sepakkan muka dia sekali tgk! biol tak biol orang tu??

 

well… apa pun yang aku tulis, pasti ada yang akan kata aku giler… tak logik… bangang dan sebagainya… tapi… itu just apa yg aku fikir… mungin pada korang aku dah takde keje lain selain dari merungkai mender2 yang tak masuk akal.. well, im just being me… im a critis. so what!

takde apa yang mustahil lagi akhir2 zaman nak kiamat ni… tanda2 kecil kiamat sumer dah kuar… tanda2 besar pun dah ada yang kuar gak.. bacalah buku2 tentang kiamat dan tanda2nya sekali… dan kalau korang baca betul2 turutan2 tanda2 kiamat especially tanda2 besar… dan korang teliti bebetul (maksud aku, sangat2 la bebetul ikut turutannya…) korang akan terperanjat. sbb ada satu tanda besar yang (mungkin) dah keluar tapi semua orang tak perasan… Cuma tunggu masa nak berada di khalayak ramai… mungkinlah.. ia hanya sangkaan dan kajian bangang aku jer…

wallahualam…

buatlah kajian mendalam…. masa dah nak time…