Kawan – 2009

Kawan..

Hadir pada senyuman..

Berdetik kata pada satu teguran

Dan bermula jalinan

Sebagai kawan…

Kawan..

Dibina ukhwah atas genggaman tangan

Dan senyum tawa pada sapaan

Kadangkala menyusur detik tangisan

Bahumu jua jadi sandaran

Tempat pengaduan dan belai ehsan

Oh kawan

Selama mana kita berkenalan

Selama itu peribadi diselongkarkan

Buat fahaman dan juga bekalan

Yang mana kaca yang mana intan

Mungkin pernah hati terkilan

Atas bahasa dan mungkin perbuatan

Namun kawan kau tetap ku menangkan

Kerana kau saja sebagai peneman

Tatkala berpunggah hati nan rawan

kawan

Disitulah jua titik permulaan

Manik-manik budimu ku utaskan

Menjadi seindah sekalung berlian

Buat menerangi benak ingatan

Betapa penting kau dalam setiap perjalanan

Mengingatkan aku yang kealpaan…