wajah itu – 2009

Wajah itu muncul lagi

Mencakup segenap ruang pandanganku

Mengikat dan memintal segala ruang-ruang itu

Dan juga mengunci hujungnya

Aku terpasung dalam pandangan itu

Tangan dan kaki tak berganjak

Aku lemas!

Lemas dalam pandangan itu

Meski sahaja nafasku mencungap-cungap

Sesak dada dan jiwa

Kerana wajah itu

Ia… berada di hadapanku

Namun tidak pula membenarkanku mendekatinya…