Sup

Nota.

Sup ada banyak jenis dan cara masakan yang tak sama. Contohnya:

 

  1. sup biasa seperti sup sayur, soo hoon, sayur rebus dan sebagainya
  2. sup herba; iaitu jenis sup yang dimasak menggunakan bahan wajib seperti lawang, cengkih, halia, jintan, lada hitam dan sulah. Contohnya sup tulang, sup herba untuk ubatan dan sebagainya.
  3. stew – sup pekat. Biasanya dikaitkan dengan daging bersama kekacang.
  4. Chinese style soup – lebihan bahan organic seperti cendawan, ginseng, abalone, bunga kembang semangkuk, sarang burung, fungus dan sebagainya. Percaya tak len chee kang tu adalah sup?

 

Sup ayam/ daging biasa

 

  1. ayam/ daging yang dipotong mengikut kesukaan anda
  2. bawang besar separuh biji (sweet) – dihiris halus
  3. bawang putih – 2 ulas – dihiris halus
  4. halia – setengah inci – dihiris halus
  5. sayur2an segar mengikut citarasa anda
  6. air – sukatan mengikut ayam
  7. garam secukup rasa

 

panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang2 dan halia. Biarkan mendidih.

Kemudian masukkan ayam/ daging dan reneh sehingga menggelegak.

Bila dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa.

Bila ayam/ daging dah empuk, masukkan sayur2an dan kacau sehingga sayur separuh masak.

Tutupkan api dan sup sedia dihidangkan.

Taburkan sedikit daun sup+daun bawang untuk aroma yang menyegarkan.

 

Sup ayam/ daging berempah

 

  1. ayam/ daging yang dipotong mengikut kesukaan anda
  2. bahan A – 7 kuntum bunga lawang, 10 butir bunga cengkih, sebatang kayu manis, 4 biji buah pelaga – ditumbuk kasar – seelok2nya bungkus dalam kain gauze kecil supaya ia tidak mengotorkan kuah sup. Kalau taknak bungkus, jangan tumbuk bahan2 tu
  3. bahan B – separuh biji bawang besar dihiris halus (sweet), 3 ulas bawang putih dihiris halus, seinci halia dihiris halus, sesudu makan rempah sup, sesudu makan rempah kurma
  4. sayur2an segar mengikut citarasa anda
  5. air – sukatan mengikut ayam
  6. garam secukup rasa
  7. tiga sudu makan minyak masak untuk menumis

 

panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bahan B dan tumis lagi sampai betul2 wangi.

Bila dah wangi, masukkan ayam/ daging dan kacau sehingga sebati.

Jika ayam, terus masukkan air. Tapi jika daging, masak dulu sehingga separuh empuk sebelum masukkan air.

Biar mendidih dan sehingga ayam/ daging empuk.

Masukkan kentang jika ada.

Bila dah mendidih, masukkan garam dan kenakan rasa.

Kemudian masukkanlah sayur2an kegemaran anda itu dan gaul sehingga sayur separuh masak.

Ia sudah boleh dihidangkan.

Taburkan dengan sedikit daun sup+daun bawang dan bawang goreng untuk aroma yang lebih baik.