Nasi ayam original… ehehe

NOTE: nak buat nasi ayam ni, ada sedikit rumit. Tapi sebenarnya mudah. Cuma kalau tak biasa, ia Nampak macam kelam kabut sikit…. So…. Baca dan fahami pelan2 k….

 

Bahan2nyer

 

Sup Ayam

 

  1. seekor ayam – jangan kerat kecil sangat. Seelok2nyer kerat empat jer
  2. bawang merah/ besar – setengah biji
  3. bawang putih – 3 ulas
  4. halia – seinci
  5. kacang tanah (tak wajib. Orang jawa jer suker letak kacang nih.. ehehehe)
  6. air kosong – 1.5 ke 2 liter
  7. garam secukup rasa

 

seekor ayam di potong empat. Basuh sebersih2nyer. Letak tepi

kisar bawang merah/ besar, bawang putih dan halia

panaskan periuk

tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga wangi

masukkan air

masukkan ayam

rebus sehingga mendidih

bila dah mendidih, baru masukkan garam dan kenakan rasa seperti yang dikehendaki

periksa ayam. Make sure ayam empuk dan masak dalam rebusan

air rebusan tadi tu la supnyer….

toskan ayam – untuk buat ayam goreng

(jangan buang air tos ayam tadi) – untuk buat kuah kicap

asingkan secawan air rebusan tadi – untuk masak nasi

 

Nasi

 

  1. beras – 2 pot/ kal
  2. bawang merah besar – setengah biji – dihiris
  3. bawang putih – 2 ke 3 ulas – dihiris
  4. sedikit air sup ayam untuk masak nasi
  5. air untuk masak nasi – ko tau nak sukat camner kan…
  6. beberapa ulas bunga lawang, cengkih

 

basuh beras kasi bersih. Letak tepi. Tumis bawang2, bunga lawang dan cengkih sampai wangi di dalam kuali. Lepas tumis, masukkan dalam periuk nasi. Letak beras, air dan sup ayam. Biar dia masak seperti masak nasi biasa.

 

Nota: bawang2, cengkih, lawang dan halia tu optional jer.. nak pakai sup sesajer pun boleh jer…

 

Ayam goreng

 

  1. ayam yang sudah direbus dalam sup tadi
  2. kicap manis
  3. sos tiram

 

selepas ayam dittos, dengan segera marinade-kan dengan kicap dan sos tiram. Ikut ko la nak letak kicap dengan sos banyak mana tapi jangan sikit sangat, jangan banyak sangat. Make sure ia masih di atas tapis yang ko toskan ayam tadi supaya baki kicap dan sos tiram turun ke bawah. Jangan buang baki kicap dan sos tadi untuk buat kuah kicapnyer. Selepas marinade, biarkan ayam tadi dalam setengah jam. Panaskan kuali dan goreng ayam tadi. Tak perlu lama sebab ayam memang dah masak. Kalau terlalu masak, kicap akan meliatkan ayam. Dah tentu tak sedap, kan? Bila dah Nampak ayam tu cantik kegelepan, angkat dan letak tepi…

 

 

Kuah kicap

 

  1. baki air tos ayam tadi
  2. kicap
  3. sedikit sup ayam
  4. sedikit garam dan gula

 

campur semua bahan2 di atas sehingga mendapat rasa seperti yang dikehendaki. Dah!

 

Kuah cili

 

  1. empat ke lima biji cili merah segar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. setengah biji bawang besar
  4. sedikit sup ayam
  5. setengah sudu teh garam
  6. setengah sudu makan gula
  7. 1 sudu teh cuka buatan (optional)

 

kisar cili, bawang putih dan bawang besar. Masukkan dalam periuk kecik dan masakkan dia. Masukkan garam dna gula dan juga cuka. Kenakan rasa sehingga diingini. Keluarkan dan letak dalam mangkuk. Masukkan sedikit sup ayam untuk mencairkan kuah cili sedikit. Dah!

 

Bahan2 lain

 

  1. timun –dihiris
  2. tomato – dihiris
  3. salad

 

nota:

 

ketika menghidangkan makanan, letak sedikit bawang goreng dan daun sup – daun bawang ke dalam kuah sup. Letak sedikit bawang goreng dalam kuah kicap juga. Rasanya nanti akan lebih sedap. Tabur juga sedikit bawang goreng ke atas nasi ketika dihidangkan untuk aroma yang lebih menyelerakan….

 

Sekian