Mee kari

Kuah kari

 

  1. setengah ekor ayam – dipotong dadu
  2. bahan A – setengah biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, sebatang serai, setengah inci halia – dikisar
  3. bahan B – 3 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih, 1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, beberapa helai daun kari (biar lebih dari 10 helai)
  4. serbuk kari daging – setengah cawan
  5. serbuk kunyit – sesudu makan
  6. tiga biji kentang – dipotong dadu
  7. 10 biji fishball – dikerat dua,
  8. 2 keping fish cake – dihiris
  9. lima ketul tauhu kering – dibelah tiga
  10. isi kerang – 150gram (optional)
  11. setengah cawan santan
  12. minyak untuk memasak
  13. 1.2 liter air
  14. garam secukup rasa

 

campurkan bahan A, serbuk kari daging dan serbuk kunyit (jadikan bahan C). Gaul sebati. Panaskan kuali dan tumis bahan B sehingga wangi. Kemudian, masukkan bahan C dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan ayam tadi dan masak sehingga ayam separuh empuk. Kemudian, masukkan air, kentang, fishball, fish cake, tauhu kering, isi kerang dan santan. Kacau kuah sehingga santan sebati dan renihkan dibawah api sederhana sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Bila dah mendidih, hidangkan panas

 

mee – nak ajar jugak ker??!! Beli jelah..

 

Bahan2 lain

 

  1. telur rebus – dibelah empat
  2. sawi celur – celur sampai layu
  3. taugeh celur – jangan celur lama2. nanti rangup dia hilang
  4. tauhu goreng – dipotong dadu selepas digoreng
  5. bawang goreng
  6. daun sup + daun bawang – dimayang halus
  7. cili hijau segar – dihiris

 

nota – kuah mee kari lebih elok jika tak terlalu pekat macam lauk kari untuk memudahkan ia dimakan. Kerang adalah optional dan boleh juga diletakkan diluar lauk jika tidak mahu ia bercampur dengan kuah untuk mengelakkan kuah berbau. Tauhu goreng adalah optional. Kerangupan taugeh adalah KUNCI kesedapan sesemangkuk mee kari itu. Jadi jangan celur taugeh sehingga terlalu lembut.