Masak lomak cili api udang

Bahan2nyer yelah

 

1kg udang basah bersaiz L ke atas

Sehelai daun kunyit (di mayang sedikit halus)

2 sudu teh serbuk kunyit

10 ke 15 biji (segenggam kecil) cili api – diblend

Sebiji bawang merah saiz kecil diblend gak dgn cili

1 ke dua cawan santan pekat

1 ke 1.5 liter air

Garam secukup rasa

 

Cara2nyer ialah (mudah gilozz)

 

  1. Masukkan udang, cili dan bawang yg dah diblend, serbuk kunyit, santan dan garam ke dalam periuk
  2. perlu diingat, air hanya digunakan jika gunakan santan pekat. Tapi klu santan tak pekat, takyah guna air
  3. renehkan kesemua bahan2 tadi. Selalu kacaukan atas lauk supaya tak pecah minyak/santan sampai lauk menggelegak
  4. bila dah menggelegak, masukkan daun kunyit yg dah dimayang tadi
  5. biar seketika sehingga bau udang dan daun kunyit menjadi mesra
  6. hidangkan

 

beberapa tips berguna

  1. jika menggunakan sea food seperti udang, sotong, kerang, lala dan yang sewaktu dengannyer, cuba elakkan memasak binatang2 tuh secara welldone kerana ia akan mengeraskan atau meliatkan mereka ketika makan
  2. sebaliknya, masak makanan2 tersebut secara ¾ masak. Ia akan mengekalkan rasa makanan laut tersebut dan juga mengelakkan daripada menjadi liat