Sesat III – 2007

Kadangkala

Aku rasa seperti hidupku jauh dari Allah

Jauh dari rahmatNya

Jauh dari hidayah dan inayahNya

Aku sering bergelumang dengan dosa

Tak aku nafikan

Aku sering bergelumang dengan dosa

Aku lengahkan solat

Aku ringankan solat

Kurang atau tiada langsung zikir padaNya

Kurang atau tiada langsung selawat untuk pesuruhNya

Aku kurang amal

Aku kurang ibadat

Jelas sekali aku sememangnya jauh dari Allah

Kadangkala

Aku bertanya pada diriku sendiri

Mengapa Allah berada jauh dariku

Mengapa Allah tak mendengar rintihanku

Mengapa Allah tak mendengar jeritan batinku!

Dan aku sering bertanya

Sudah tidak sayangkah Allah padaku

Maka kerana itu aku sering merasakan

Yang hidupku semacam tiada makna dan tujuan

Aku tak jumpa dan tak mengerti acuan yang dibuatNya

Tetapi

Bila aku fikirkan kembali

Benarkah Allah yang menjauhi diriku

Benarkah Allah yang tidak menyayangiku

Benarkah Allah yang meletak semua jurang itu

Atau

Adakah sebenarnya salah itu datang dariku

Adakah aku yang melupakanNya

Adakah aku yang menjauhkan diri dariNya

Adakah aku yang tidak pernah berusaha

Adakah aku yang tidak pernah meminta dariNya

Adakah aku sebenarnya puncanya….

Aku rasa…

Ya…

Aku yang menjauhkan diriku dariNya

Aku yang telah melupakanNya

Aku yang tidak berusaha kearahNya

Aku yang tidak pernah meminta dariNya

Aku yang alpa… dan aku yang leka…

Dibuai… diulit… indah perhiasan dunia

Ya Allah

Aku cuba mendekatiMu sebenarnya

Aku cuba dan masih cuba untuk mengenaliMu sebenarnya

Aku cuba memohon dan tawakal kepadaMu sebenarnya

Aku cuba meminta dan merayu padaMu sebenarnya

Sekian lama aku menadahkan tanganku kepadaMu

Moga terbuka hatiku mendekatiMu, ya Allah

.. Ya Allah

Aku sebenarnya salah tidak memohon padaMu

Semoga Kau bukakan segenap pintu-pintuMu

Semoga limpah cahayaMu menyusup ke hati sanubariku

Semoga dengan semangat cahayaMu itu

Membuka segenap pintu hatiku untukMu

Pintu hatiku yang kurasakan terkunci kukuh

Dari rahmat dan kasihMu, Ya Allah..

.. Ya Allah

Kau perbetulkanlah kesilapanku

Kau bukakanlah mata dan hatiku kearahMu

Semoga aku dapat melihat dengan sejelas-jelasnya

Apa yang mungkin aku cari selama ini

Apa yang mungkin aku ingini selama ini

Ya Allah

Bimbinglah aku menuju hanya kearahMu

Bimbinglah aku menuju hanya kearahMu

Bimbinglah aku menuju hanya kearahMu

Ya Allah

Sesungguhnya Kau maha melihat setiap perilakuku

Ku banyak menyimpang dari mahuMu

Ku banyak membuang masa dari mencariMu

Ku lebih mengenal dunia dari mengenaliMu

Namun begitu ya Allah

Kau sahaja yang lebih tahu tujuan hidupku

Kau sahaja yang lebih faham isi hatiku

Kau sahaja yang lebih masak perangai perilakuku

Ya Allah

Kau kukuhkanlah pendirianku

Kau kukuhkanlah imanku

Kau kukuhkanlah kedudukanku sebagai hambaMu

Semoga aku sedar aku dimana

Semoga aku sedar aku siapa

Semoga aku sedar hidupku untuk apa

Semoga aku bisa sedar kelak matiku kemana

Semoga aku sedar akan segalanya

Ya Allah

Aku sering berkata-kata dalam hatiku

Setiap dosa yang kulakukan dari dulu sehingga kini

Diselang denganku membersih diri

Kemudian ku ulang kembali dosa tadi

Adakah aku, akan Kau terima

Adakah aku, akan Kau ampunkan

Adakah aku, akan Kau bela

Adakah aku, akan Kau bersihkan hatinya….

Atau

Adakah tiada peluang lagi

Atau adakah Kau akan kekal murka padaku

Atau adakah Kau takkan memandangku lagi

Atau sekadar menJelingku saja

Setiap kali kuberdoa memohon padaMu

Adakah Kau akan perkenankannya

Adakah Kau sudi mempertimbangkannya

Adakah Kau sudi memandang

Atau sekadar mendengar

Atau Kau buat tak tahu saja

Ya Allah

Sesungguhnya aku sangat takut akan keadaan itu

Aku takut Kau takkan mengendahkanku lagi

Aku takut Kau takkan melayanku lagi

Aku takut Kau takkan memandangku lagi

Aku takut Kau takkan mendengarku lagi

Aku takut Kau takkan mengingatiku lagi

Atau sekadar menJelingpun tiada lagi

Ya Allah

Jangalah Kau lupakan aku

Janganlah Kau tidak mengampunkanku

Janganlah Kau tidak menyayangiku

Janganlah murka padaku

Ya Allah

Aku berjanji

Selagi nyawaku dikandung jasad yang juga milikMu

Selagi nafasku berdenyut dalam jantung milikMu

Selagi jiwaku tetap didalam hati milikMu

Selagi aku berada di alamMu

Aku takkan melupakanMu

Aku takkan mengenepikanMu

Aku takkan menjauhkan diriku dariMu

Jika masih ada salah dan dosaku

Ingin aku menebusnya

Walau meski ku tak tahu caranya

Walau meski ku tak tahu hujung jalan penyudahnya

Ketahuilah akan diKau ya Allah

Aku masih menganut agama syumulMu

Aku masih pelatih syurgaMu

Aku masih hambaMu

Ya Allah, ya Rabbi, ya Kariim

Aku mohon petunjuk dan hidayah

Moga diri dan perilakuku Kau perindah

Moga azab neraka dan murkaMu kuhindar

Ampuni daku….

Ampuni daku….

Ampuni daku…….