Matanya Berkaca – 2009

dalam keredupan jiwa luka
hati berkata-kata
mengapa begini jadinya…
dalam kegelitaan didalamnya
ia meraba-raba
dimana dapatnya cahaya
semengkahnya ia masih gelita
dan tiba-tiba mata pun berkaca
entah kenapa…
tanpa sebarang suara
atau kata-kata
yang menyergah hati gundah gulana….
dan mata
masih lagi berkaca…