Kau dan aku – 2002

Antara kau dan aku

Sememangnya ada perbezaan yang amat ketara

Jantina kita juga amat berbeza

Namun

Apa yang menyamakan kita berdua adalah

Kita punya prinsip dan pegangan diri

Dan itulah sebabnya

Aku amat mempercayaimu

Meskipun prinsip dan pegangan kita berbeza

Dan aku pasti

Nama orang yang berada dalam hati kita juga berbeza…

Kau…dan aku…