Kau Bukan Untukku – 2008

kau

bukan insan yang sepatutnya berada dalam hidupku…

kau bukan insan yang sepatutnya ku kenang selalu

kau

bukan insan yang sepatutnya ku cinta dan rindu…

kerana kau dan aku berbeza…

dunia kita berbeza…

pemikiran dan rasa

jelas bersuluh semuanya…

……………

……………………..

………………………………………………………..

aku hanya mengesat airmata mu dahulu…

dan berkata aku ada disini jika kau memerlukanku…

itu sahaja janjiku…

aku disini hanya kerana airmatamu….

namun kau mengorak jua bayu

kau hembus kata kata rindu padaku…

saatku sepi kau temankan…

saatku sedih kau riangkan

saatku remuk kau bentukkan

saatku hancur kau pulangkan…

dan aku masih tidak membeli semua itu…

bukan natijahku mudah merebah pada jenismu…

dan kau hembuskan lagi…

kali itu kau memegang tanganku….

dan berkata pada hatiku… hingga tersentuh dengan janjimu…

jemari mu merayap segenap deritaku dan kau sembuhkan….

mataku kau sinar dengan senyuman manismu itu…

bagiku racun cukup berbisa… namun aku leka

dan mengaku ia penawar.. bodohnya aku!!!!

dan aku langsung terpasung… dalam jiwaku sendiri..

kau pegang kuncinya..

kau jajah segenapnya…

dan seketika ku sedar

sudah kau tawan segenap hidup ini….

kiri dan kanan sudah berantai…

aku tidak sedar aku yang menguncinya….

dan seketika lagi…

kau sedang memegang hatiku…

kau tahu kau tak perlu mencurinya…

kerana semuanya ku serahkan… serah padamu…

kita sering berdakap…

tak pernah kau lepaskan tanganmu dari memelukku…

dan begitu juga aku….

pernah kau kucup dahiku

dan katakan sayangnya kau pada ku….

aku tahu semuanya nista…

namun aku masih percaya…

percaya pada kata dari hatimu…

itulah bodohnya aku….

dan kini….

inilah aku..

berteman airmata setelah kau hancurkan cinta yang kau sendiri membinanya dulu

dari tidak ku rela kerana kau bukan ku cinta

hingga ku serahkan segala-galanya..

kau khianati semuanya…

sudah ku tahu lama dahulu.. akan kau kembali ke pautan dia yg pernah kau cinta…

namun aku ketika itu buta…

di kambus janji janji mu

penuh sesak di depan mata…

dan jatuh memenuhi jiwa raga…

tergapai gapai aku sehingga kini…

tiada berbalas beri…

walau secuit hati untuk memenuhi…

tidak…

tidak lagi…

tidak akan aku terima lagi…

cukup setakat ini…

walau aku mungkin tak pasti sudahnya

setakat ini… cukup disini…

sememangnya bukan kau yang patut ku cintai…