Jodoh ku… – 2008

Tuhan

Aku melihat cereka itu

Sepasang hati disatukan

Dalam akad yang penuh kesucian

Dengan bait-bait ikrar yang penuh kobar

Dan ikatan seharum wangian firdausi..

Sepasang merpati diikat rapi

Disalut laungan tasbih Ilahi

Dan selawat ke atas junjungan nabi

Kemudian dikelilingi hias kunjungan

Bertabur merah kelopak mawar

Dan setanggi nian wangi

Mereka diarak dalam cinta

Dan hilai tawa bahagia

Sungguh bermakna saatnya

Pegangan tangan juga diganjari pahala..

Tuhan

Adakah aku mampu untuk itu…

Adakah aku layak untuk itu…

Adakah aku mampu merasa nikmatnya

Adakah akan sampai masanya untukku pula….

Diriku yang begini

Serba kekurangan dikelilingku…

Serba kekeringan agamaku

Serba kecetekan akal fikirku

Dan aku serba tak pasti

Dan aku serba tak tahu

Juga tidak keruan

adakah jodohku telah kau siapkan….

Siapakah gerangan….