Hati sepi – 2006

Ku lontar diri kedalam sepi

Sambil meraba pintu hati

Mungkinkah terkunci

Atau masih adakah lagi

Harapan untuk mencintai

Adakah rasa itu masih wujud

Atau sudahpun mati

Kerana ku masih lagi mencari-cari

Masih tercari dan meraba sendiri

Aku hilang punca

Aku hilang segala-gala

Perasaan yang pernah ada

Hilang dikambus ombak derita lama

Yang entahkan masih dalam gulungannya

Atau dahpun karam

Kedasar yang gelap gelita

Ku lontar diri kedalam sepi

Dan masih lagi meraba-raba

Pintu hati….