Bukan Milik Kita – 2009

kau sungguh indah
dari matamu
erat geggaman tanganmu
hingga ke tulus hatimu
begitu indah
dan sempurna
kau warnakan hatiku
dengan sirna cinta asli
kau corakkan bagaikan awan awan putih
yang dilatar tujuh langit biru
dan salju yang merenjis di kalbu
itulah kau yang ku tahu…
dalam erat pelukan
pernah kau turutkan mintaku
kucup dahi dan mata.. dan disana…
serta selitan kata kata cinta
oh! bahagianya… kita berdua..
namun itu cuma kenangan belaka
tiada lagi kau disampingku..
melata cinta seperti hari dahulu
terpisah jua akhirnya…
walau kita sama derita
menitiskan air mata
menjerut kasih sayang
yang kini terlarang
dan ia bukan yang kita suakan
namun itu yang tertujah
dan itu juga pilihan
yang paling ada nya untuk kita
tuhan
palingkan pandanganku darinya
pagarkan kasihku darinya
ikatkan cintaku darinya
pasung rasa kasih sayang ini
dari terlepas ke pangkuannya
kerana ke situ saja tempatnya
situ saja destinasinya
situ saja tujuannya
kerana
tiada lain yang ku cinta
hanya dia…