Aku Rindu Masa Dulu – 2005

Aku rindu masa dulu

Waktu lantai 20 di atas kepalaku

Waktu itu waktu ceria

Ada kak ati, tarvin dan azhar

Kemudian azhar berhenti,

Yana ganti

Aku rindu waktu dulu

Sewaktu ah fai masih bersama kami

Hilai tawa dan gelagat manja

Ditambah zana dan najwa juga

Aku rindu masa itu

Bila kak ati dan kak fara berbadan dua

Aku juga turut sama

Wujudkan kelab ibu mengandung

Kata kak ati…

“kau ni mengandung dah berapa tahun? Kalahkan kitorang plak!”

Masing-masing dengan hilai tawa

Bersatu bawah sepakat kata

Sama-sama mengata amir

Sama-sama mengata jaja

Sama-sama mengutuk sepom

Aku rindu waktu itu

Waktu yang takkan dapat ku putar kembali

Namun itulah waktu yang paling berharga

Tatkala semua sedang mengenal bersama

Baik buruk masih dicungkil semua

 

Kak ati – ketua berwibawa

Kak farah – tak banyak cerita

Anuar – (kata orang) gila kuasa

Isma – kelu sentiasa

Rehan – London born katanya

Assad – gila-gila remaja

Mala – microphone left wing

Ani – perahsia orangnya

Wahida – diam ubi berisi

Din – abah kita yang scorer!!

 

Dan musim pun berlalu

Tatkala kak ati cuti ber salin

Masuklah shimah masuklah ety

Kemudian syazaman dan juga uma

Dan yana juga berhenti

Dan diganti darmansyah dari grup ke-5

Semua tak suka masa tu

Semua tak sekata

Sebab semua tak kenal dia

Dan aku bidan terjun kak ati

Dan aku menggantikan kak ati

Dan aku mula melakukan tugas kak ati

Dan aku mula dikenali

Dikenali sebagai gila kuasa

Mereka kata aku garang sangat

Mereka kata aku memandai sangat

Tak apalah itu semua

Kenangan biasa yang amat berharga

Sangat berharga….

Dan kini

Semua berubah

Drastic sungguh perubahan itu

Aku dan najwa kini di lantai 20

Din kini menggantikan kak ati

Zana sudah berhenti

Syahila dapat jadi eksekutif

Kak ati juga nak berhenti

Nak jaga anak katanya

Kak farah juga berhenti

Salman juga hilang

Tinggal nuredzuan keseorangan

Menghisap rokok keseorangan

Di dalam tangga keseorangan

Berkata-kata keseorangan

Tidak berkawan

Kesian…..

Kini yang tinggal hanya memori

Memori yang terpahat di hati

Memori yang membuatku tersenyum seorang diri

Bila teringat zana dengan kucingnya

Bila teringat din dengan pialanya

Bila teringat rehan dengan takafulnya

Bila teringat wahida dengan control ayunya

Bila teringat kak farah dengan kerepeknya

Bila teringat mala dengan speakernya

Bila teringat assad dengan jajanya

Bila teringat najwa dengan AFnya

Bila teringat tarvin dengan jeritnya

Bila teringat isma dengan tergaur-garu kepalanya

Bila teringat salman dengan malu alahnya

Bila teringat nuredzwan dengan keleleknya

Bila teringat ani dengan jelingnya

Bila teringat kak ati dengan sempoinya

Bila teringat sepom dengan kelam kabutnya

Bila teringat amir dengan less noise nya

Bila teringat azhar dengan senda guraunya

Bila teringat yana dengan slanga penangnya

Bila teringat ah fai dengan pelat siamnya

Bila teringat syahila dengan cakap manjanya

Bila teringat dressday dengan kecohnya

Bila teringat family day dengan seronoknya

Dan juga teringatan diriku yang tak semenggah ini

Aku rindu masa dulu

Masa lantai 20 di atas bumbun kepalaku…

 

Lagu Tema D’Superb

 

Disini ku menanti

Panggilan dari serata negara

Bantuan dihulur seluas dunia

Merintis teknologi paling Berjaya

Membentuk komuniti paling sempurna

Kepuasan pelanggan impian kami

Pencapaian mendaki selangit tinggi

Membina masa depan cerah gemilang

Kau satu… terulung.. kau ternama…

 

Dsuperb.. maju Dsuperb

Dsuperb.. jana era cemerlang

Dsuperb.. pemacu masa depan yang gemilang dan Berjaya

 

Dsuperb…. Kami setia bersatu

Dsuperb.. kami bergerak maju

Kehadapan… secerah masa depan ini

Setinggi khidmat kami

 

Maju Dsuperb…