Semalam.. hari ni dan esok… – 2000

Semalam

Merupakan suatu kenangan

Yang manis… yang pahit…

Hitam dan putih

Sudahpun berlalu pergi

Dan sudahpun tersurat

Sejak ia terjadi

Kini… saat ini… hari ini…

Adalah suatu kenyataan

Perjalanan kehidupan

Jelas dilakukan

Baik dan buruk tanpa kesedaran

Esok

Masa depan yang belum tersurat

Bingkisan tersirat yang kabur

Pembalut hati yang masih berlum terbuka

Belum terusik

Mungkin susuran hari ini

Atau susuran semalam

Atau kedua-duanya

Namun semuanya

Sudah pasti terukir di buku azali

Qada’ yang belum diubah

Qadar yang pasti ditempuh

Doa ku panjat pada Ilahi

Moga hari-hariku ini

Diberkati…