Sedetik hayat – 1998

Aku dilahirkan disini

Di sawah yang terbentang luas

Ia menjadi saksi perubahanku

Dulunya disini

Aku pernah berlari

Menyusur di tengah sawah padi

Mengejar mentari jingga

Mengejar merbahnya

Yang cuba bersaji padi moyangku

Aku juga pernah bergelumang disini

Bergelumang dalam lumpur ini

Bergelumang merebut seekor belut

Makanan yang paling kugemari

Disini juga

Aku pernah terjatuh

Tika sedang belajar mengayuh

Namun kuteruskan juga kayuhku

Demi menjaga airmuka – kataku

Di hadapan kawan-kawanku

Dan aku Berjaya akhirnya

Dedaun mengkuang yang menjulang ditepi sawah itu

Yang sedang mengejar cahaya langit

Dahulunya serendah aku

Pada masa itu

Aku boleh saja menuding ke atasnya

Semua kenangan itu

Masih tidak pudar dari fikiranku

Malah kian segar

Sesegar wangian lumpur

Yang pernah kucium dahulu

Masih masih merinduinya

Masih terhidu akan baunya..