Secebis bahagia (buat mak) – 2000

Mak

Lahirnya dengan 1001 sifat

Yang tiada padaku

Mak sebagai pemberi kasih sayang yang mutlak

Tidak terkira bakti dan jasa

1001 tahun tak pasti terbalas

Mak

Pemberi kelahiran pada zuriat

Pemberi kelahiran padaku

Keringat yang menitis

Untuk memastikanku terus bernafas

Takkan terbayar oleh sesiapa

Walau segunung emas.. atau selaut intan

Pastinya takkan berbalik

Suatu masa dulu

Ketika ayahku menjengah barzakh

Mak pernah tergamam

Namun kerana dek tanggungjawab dan

Masa depan

Mak tinggalkan semua lara

Demi secebis bahagia

Keringat diperah lagi

Demi sesuap rezeki

Keringat diperah lagi

Tak kering lagi

Mungkin takkan kering pun

Walau beribu ragam anak-anak

Mak tabah mengharungi semua

Tangan ditadah memohon rahmat

Buat diri dan anak-anaknya

Mak. Mak mutiara hidup kami

Takkan terang dunia kami

Tanpa mak…

Mak

Sekalung terima kasih untuk mak

Dan senyuman yang ku harapkan selalu

Jangan diungkit tangisan dulu

Kita bersama berdepan dengan dunia

Kita bersama melangkah kedepan

Walau sederap demi derap

Namun tetap mara

Aku menggetus hati

Agar mara bersama mak

Secebis bahagia yang akan kita kecapi.. insyaAllah…

Mak

Selaut harapan buat kami

Selalu mak gegar jiwa kami

Untuk mara bersama

Takkan kami lupa

Sehingga tiba detik itukita bersama sekeluarga

Gemilang dan ceria.. bahagia

Diberkati Ilahi